Zahid senada dengan Anwar, lakukan audit forensik Sapura

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sependapat dengan syor yang dikemukakan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya kerajaan menjalankan audit forensik terhadap syarikat Sapura Energy Bhd (Sapura Energy) yang sedang mengharungi tempoh getir susulan kemelut hutang.

Zahid dalam ucapannya pada Perhimpunan Agung Khas UMNO berkata,seperti yang telah diutarakan dalam Debat Perdana antara dua tokoh politik empat hari yang lalu, syarikat yang pegangan ekuitinya disertai oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB) seperti Sapura Energy di mana terdapat lebih 10 juta pemegangan saham amanah, Amanah Saham Nasional (ASN) turut mempunyai kepentingan mesti bantu.

“Sebanyak lebih RM5 billion telah dilaburkan oleh PNB. Syarikat itu menggaji lebih sepuluh ribu tenaga kerja dan lebih tiga ribu vendor terlibat.

“Tanpa menggunakan dana langsung kerajaan, PETRONAS sesuai untuk mengambil alih dan melakukann ‘turn-around’ sesegera mungkin.

“Namun, kita bersetuju supaya pengauditan forensik wajib turut dilakukan agar ianya lebih telus,” ujar Zahid.

Pada Khamis, Anwar mengesyorkan kepada kerajaan supaya menjalankan audit forensik terhadap syarikat Sapura Energy yang sedang mengharungi tempoh getir susulan kemelut hutang.

Ketua Pembangkang itu berpandangan langkah itu mustahak untuk menentukan punca yang berlaku dalam syarikat itu sebelum kerajaan memutuskan untuk campur tangan urusan berkenaan.

Beliau yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) berkata tekad politik juga perlu sebagai pendorong kepada usaha untuk membetulkan sistem yang terpalit dengan rasuah, penyelewengan atau memiliki urus tadbir lemah dalam sesebuah syarikat.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat