UMNO akan bincang dengan RoS luluskan pindaan UMNO

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – UMNO akan duduk dan berunding dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) bagi meluluskan pindaan perlembagaan parti itu yang diluluskan sebulat suara dalam Persidangan Agung Khas UMNO.

Pun begitu, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, terpulang kepada RoS untuk luluskan pindaan perlembagaan parti.

“Kita hantarlah (pindaan Perlembagaan UMNO) kepada RoS nanti.

“Perkara itu kena duduk dan berunding,” katanya ketika ditemui media di WTC, pada Ahad.

Sebelum ini, Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan menegaskan, RoS tidak mempunyai kuasa untuk menghalang UMNO meluluskan pindaan perlembagaan parti itu.

Mohamad berkata, beliau yakin tiada masalah untuk RoS meluluskan pindaan perlembagaan UMNO bagi memasukkan penangguhan pemilihan parti selama enam bulan selepas pilihan raya umum (PRU).

“RoS tidak sepatutnya ada halangan. RoS tak boleh kuasai parti. RoS hanya pantau sama ada kita ikut perlembagaan atau tidak,” katanya.-SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat