Pinda Perlembagaan UMNO bukan untuk selamatkan Zahid

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyangkal tuduhan kononnya pindaan Perlembagaan UMNO bertujuan menyelamatkan kedudukan beliau.

Zahid sebaliknya menegaskan bahawa tuduhan itu sebagai dangkal.

“Ada kata pindaan ini untuk selamatkan Zahid. No way for me to do that.

“Saya mendengar adanya suara-suara di kalangan kita, kononnya pindaan ini untuk menyelamatkan kedudukan Zahid Hamidi sebagai Presiden. Suka saya tegaskan, ia tidak benar.

“Dangkallah jika ada di kalangan kita, termasuk saf kepimpinan tertinggi parti, berpandangan dan berfikiran sempit sedemikian,” tegas Zahid dalam ucapannya pada Perhimpunan Agung Khas bagi maksud meminda Perlembagaan UMNO, di WTC pada Ahad.

Ahli Parlimen Bagan Datuk itu juga menyebut bahawa gesaan berkenaan adalah datangnya daripada akar umbi.

“Jangan kita buat-buat lupa, gesaan agar pemilihan parti diadakan selepas pilihan raya umum adalah usul daripada majoriti Bahagian-Bahagian yang telah mengadakan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian masing-masing.

“Keputusan di peringkat akar umbi, dan seterusnya diangkat ke Perhimpunan Agung dua bulan lalu telah pun dipersetujui dan diluluskan,” ujar beliau.

Jelas Zahid lagi, pindaan ini adalah manifestasi suara akar umbi.

“Saya yakin saudara saudari sekalian hendak melihat parti kita kukuh dan berpadu. Adat memimpin, apa pun yang datang, bahtera perlu diselamatkan.

“Walau diri terkorban, namun bahtera jangan dibiarkan karam.

“Saya ingin tegaskan, pindaan Perlembagaan kali ini akan memberi ruang kepada pasukan, atau team kepimpinan Pusat, Bahagian dan Cawangan, bagi setiap penggal pemilihan, untuk memfokuskan gerak kerja menghadapi pilihan raya-pilihan raya Umum,” kata Zahid.

Dengan mengabsahkan pindaan hari ini, saudara-saudari adalah pasukan yang akan membawa parti menghadapi PRU ke-15,” kata beliau.

“Inilah pasukan yang setelah jatuh bangkit dengan keazaman; inilah pasukan yang meskipun tewas PRU ke-14 tetapi kekal berpaksikan kesetiaan;inilah pasukan yang menggalas tanggungjawab parti dan mengharungi setiap cabaran; inilah pasukan yang tidak lari ketika bertempur di medan;
Inilah pasukan yang tidak tunduk kepada ugutan.

“Inilah pasukan yang telah disiapsiagakan untuk menghadapi peperangan; inilah pasukan yang kekal istiqomah dalam perjuangan;inilah pasukan dalam siri pilihanraya kecil dan pilihanraya negeri yang telah menjana kemenangan.

“Andalah yang akan bersama-sama dengan kepimpinan parti mendepani Pilihan Raya Umum ke-15 untuk melakar kejayaan,” tegas Zahid lagi.

Pengerusi BN itu juga berkata, setelah Pilihan Raya Umum selesai, pemilihan parti akan dijalankan dan pasukan baharu akan dipilih.

Menurut beliau, pasukan yang baharu itu mempunyai masa maksimum lima tahun untuk menumpukan tenaga dan gerak kerja demi kesejahteraan rakyat.

“Pada masa yang sama, kestabilan parti terus terpelihara, bagi menghadapi pilihan raya-pilihan raya umum seterusnya.

“Sebagai peringatan buat kita bersama, izinkan saya sampaikan pesanan buat renungan:
Andai dimungkiri hasrat akar umbi
Pasti kita akan dibenci;
Andai dikhianati keputusan parti
Kita pasti akan dihakimi;
Andai tunduk kepada yang dimusuhi
Nescaya ia membinasakan diri;
Andai pahat masih berbunyi
Itulah tanda perbuatan keji;
Andai hasrat parti dijulang bersama,
Kegemilangan UMNO pasti menjelma;
Andai kita seia sekata
Negara pasti selamat sejahtera,” ucap Zahid.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat