Semua bangun sokong pinda Perlembagaan – Asyraf Wajdi

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki memberitahu semua pimpinan dan perwakilan bangun menyatakan sokongan terhadap pindaan Perlembagaan UMNO.

Kata beliau, semangat akar umbi diterjemahkan oleh majoriti perwakilan yang hadir.

“Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar seperti yang kita jangkakan sebab UMNO ini adalah parti yang mana sentiasa terpelihara walaupun banyak sangat desas desus yang pelbagai tapi hakikatnya Persidangan Khas ini sebagai satu proses biasa dalam kita nak meminda perlembagaan berpandukan usul yang diluluskan sebulat suara.

“Yang penting semangat akar umbi yang diterjemah oleh perwakilan hari ini kuat dan mudah-mudahan ini akan dibawa dalam
PRU akan datang.

“Semuanya bangun tidak berasaskan suasana sahaja tapi semua bangun tanda sokongan apabila cadangan pindaan itu dibacakan oleh Naib Presiden Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan disokong Naib Presiden pertama Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob,” kata Asyraf ketika ditemui media di WTC pada Ahad.

Menurut Asyraf, UMNO parti yang melihat kepada suasana semasa dan yang paling penting kita mahu kestabilan.

“Kestabilan yang kita nak tawarkan kepada rakyat pada PRU-15 sebagaimana yang kita tawarkan dan saksikan di PRN Melaka dan Johor apabila rakyat meyakininparti kita dan ia berteraskan kestabilan dalaman parti.

“Sebab itulah kestabilan yang kita nak tawarkan harus bermula bermula kestabilan dalaman parti dan ini adalah sebahagian daripada proses untuk pastikan kita dapat pastikan dipertahankan.

“Insyallah ia akan jadi formula baik untuk kita berhadapan dengan PRU-15,” ujarnya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat