Sabri Yunus ingat kena ‘prank’

- Advertisement -

Kuala Lumpur: Pelakon dan pengarah berkaliber, Sabri Yunus, 61, tidak menyangka dipilih sebagai Duta Anak Seni Kelantan, malah pada awalnya menyangka ia adalah ‘prank’ atau ‘scammer’.

Sabri ketika dihubungi berkata, dia lambat membalas WhatsApp daripada urusetia Malam Himpunan Dikir Barat 2022 apabila dimaklumkan mengenai perkara itu.

Menurutnya, nombor terbabit tidak dikenali dan anugerah itu membabitkan pendikir barat sedangkan dia bukan aktif berdikir di Kelantan.

“Saya minta surat rasmi kerana manalah tahu orang nak ‘prank’ atau ‘scammer’. Tambahan lagi mereka beritahu namanya Malam Himpunan Dikir Barat 2022.

“Saya bukan aktif di Kelantan dan banyak terbabit dengan persembahan di luar. Jadi, tak terfikir langsung untuk dapat anugerah ini. Apapun, sebagai anak Kelantan, saya bangga dengan anugerah ini. Terima kasih kepada kerajaan negeri yang memilih saya,” katanya kepada Metro Ahad.

Penghargaan itu diberikan kerajaan negeri Kelantan kepada Sabri pada majlis Malam Himpunan Dikir Barat 2022 yang disampaikan oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob di Kota Bharu, malam tadi.

Sabri berkata, dia tidak memberikan jawapan akan hadir ke program itu.

“Saya hanya jawab Insya-Allah. Mereka kemudian hantar satu surat yang ada tertulis nama saya dan kategorinya Duta Anak Seni Kelantan, bukannya dikir barat.

“Saya takut atas nama dikir barat kerana saya bukanlah pendikir hakiki. Saya pernah cuba cuba berdikir di Kelantan pada 1999, tapi dalam tempoh sebulan, dua saja.

“Ertinya 23 tahun saya tak berdikir di padang-padang di negeri ini. Tidak berdikir untuk penonton awam yang bertiket,” katanya.

Menurutnya, lambat atau cepat dia menerima anugerah bukanlah soal kerana dia buat kerja tanpa memikirkan perkara terbabit.

“Saya buat apa-apa saja berkenaan Kelantan kerana negeri ini dekat dengan saya. Selain itu, saya nak dedahkan apa yang orang tak tahu berkenaan negeri Kelantan,” katanya.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat