KUALA LUMPUR – Datuk Seri Rafizi Ramli berharap krisis tenaga yang berlaku akibat serangan Amerika Syarikat (AS)-Israel ke atas Iran akan buka peluang kepada lebih ramai rakyat Malaysia memahami persimpangan yang kita lalui.
Menurut Ahli Parlimen Pandan itu beliau sudah terangkan fakta yang tidak boleh disangkal oleh sesiapa pun: pengeluaran minyak mentah negara telah berkurangan separuh dari lebih 700,000 tong sehari di kemuncaknya dua dekah dahulu, kepada sekitar 340,000 tong sehari sekarang.
“Ada yang bertanya: kenapa PETRONAS tak pergi gali dan keluarkan lebih banyak minyak mentah? – Sebab minyak ini emas hitam yang Allah bagi kepada kita. Kalau dah habis, habislah.
“Kerana keadaannya sangat sudah berubah daripada tahun 2008 sehingga sekarang, tahun 2026. Kalau tengok pengeluaran minyak tu kan, daripada 2021 lebih kurang 500,000 tong sehari. Dalam tempoh 5 tahun, ia tinggal 350,000 tong.
“Dan itu maksudnya pengurangan hampir 35 dekat 40 peratus.Maksudnya begini, sebahagian sebabnya ialah pada ketika itu, kita tidak tahu secara menyeluruh tentang profil telaga-telaga minyak kita.Telaga minyak ni dalam tanah.
“Pada ketika itu juga penggunaannya ialah separuh daripada pengeluaran kan. But now is, kalaupun pengeluaran kita masih lagi 700,000 tong sehari. Tapi bila penggunaan kita dah dekat nak sampai 500,000 tong sehari,” jelasnya.
Dikalangan orang industri minyak dan gas di Malaysia memberitahu, salah satu sebab kenapa pengeluaran ini turun mendadak ialah kerana bermula tahun 2004-2005 macam itu, kerajaan mengambil terlalu banyak keuntungan daripada Petronas kerana kita perlu menggantikan lapangan minyak ini.
“Lapangan minyak ini bukan dapat percuma. Kalaupun contohnya lapangan minyak itu di Malaysia kan, okeylah itu harta negara dan Petronas diberi amanah untuk mengusahakannya.
“Tapi daripada satu tahun ke satu tahun,kos untuk seismik, kos untuk gali, kos untuk bina jackup semua itu kan, untuk buat pelantar semua itu kan, kos pengeluaran, semua itu naik mendadak.
“Sebab begini, kalau nak faham kos minyak ini kan dia ada satu konsep di peringkat antarabangsa dipanggil budget balance Saudi. Saudi ni pendapatan dia ialah hampir 100 peratus minyak dan dia minyaknya banyak. Saudi mengawal harga minyak di dunia,” jelas bekas Menteri Ekonomi itu.
Rafizi menegaskan, kerajaan tidak boleh melihat Petronas sebagai ‘piggy bank’.
“Takpe Petronas ada, takpe Petronas ada kerana ia ibarat kita ambil daripada poket kanan bagi ke poket kiri.
“Sebab for every $1 billion you take daripada Petronas, sebenarnya itu menghadkan keupayaan Petronas untuk mencari, mengusahakan lapangan minyak yang baru.
“Dan oleh sebab lapangan minyak baru itu makin tak ada, sebab itu production kita turun. Jadi dia mesti ada satu level yang mana kerajaan tidak boleh semata-mata mengambil wang Petronas itu walaupun kata untung billion-billion semata-mata untuk mengekalkan harga minyak supaya kita menang pilihan raya.
“Because that is taking the money away from the future generation. That’s my point all along. Sebenarnya sangatlah tidak bertanggungjawab.
“Bukannya sebab Petronas itu makin teruk, makin teruk, makin teruk. Sebabnya ialah cost untuk mengeluarkan minyak itu makin naik, makin naik, makin naik.
“Besi makin mahal, gaji orang makin mahal. Nak korek tu lapangan minyak yang bagus-bagus, yang cucuk saya jumpa makin tak ada. Jadi kena pergi tengah laut, bila tengah laut itu dia makin dalam 4,000 meter.
“Bila 4,000 meter tu besi dia pun kena lain, pressure dia lain, temperature dia lain, semua lain. Pipeline makin jauh, kemudian lapangan yang makin kecil ni makin banyak karbon, segala-galanya lah kan. Jadi sebab itu keuntungan Petronas kalau tengok makin lama, makin kurang,” ujar Rafizi.
Sebab itu katanya, Petronas kena buang orang 5,000 orang itu.
“Sebenarnya sebab orang dalam industri minyak makin mengetahui bahawa lapangan minyak di Malaysia ini memang dah sunset dan sebab itu kerajaan, siapalah yang jadi kerajaan kalau dia bertanggungjawab dia kena tahu bahawa ada had berapa banyak boleh ambil wang daripada Petronas.
“Kerana Petronas memerlukan wang itu untuk pergi beli blok minyak di negara lain. Sebab itu Petronas sekarang ada kat Brazil, ada kat Suriname, ada kat Guinea. Sebab Sudan dah kena ambil dah. Jadi kena cari blok-blok lain. Bila cari blok lain di peringkat antarabangsa, kena bersaing dengan syarikat-syarikat terbesar dunia ni. Shell, Exxon, Conoco, Chevron. Dia duit banyak, dia mat salih. Jadi kalau kau pergi nak merayu, duit pun tak ada. Dah dapat blok itu, lepas itu tak ada duit nak buat.
“Sebab satu blok itu dia menelan berpuluh-puluh bilion,” katanya.



