KUALA LUMPUR – Kementerian Kewangan (MOF) mengumumkan harga diesel di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan dikekalkan pada RM2.15 seliter.
Hal ini kerana, kata MOF diesel bukan setakat bahan api bagi mereka namun ia nadi kehidupan untuk menjalankan aktiviti harian.
“Dengan keluasan geografi 60 peratus lebih besar daripada Semenanjung dan bentuk muka bumi yang mencabar, penduduk Sabah, Sarawak dan W.P Labuan lebih bergantung kepada penggunaan diesel,” katanya.
Bagaimanapun menurut MOF, Kerajaan turut menyalurkan bantuan RM400 melalui BUDI Diesel bagi membantu menampung kos penggunaan diesel rakyat di Semenanjung.



