Johor tak mahu naratif negatif di Pusat terpalit, tak salah adakan PRN lebih awal – Puad

KUALA LUMPUR – Kalau Johor mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) lebih awal bukan kerana tidak prihatin dengan beban rakyat tetapi tidak mahu terpalit dengan masalah orang lain.

Speaker Dun Johor Datuk Puad Zarkashi berkata, Johor sudah tentu tidak mahu naratif negatif di pusat terpalit merosakkan “feel good factor” di negeri.

“Semua tahu Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi defensif bukan sahaja pasal dasar, janji, dulu cakap lain sekarang lain tetapi juga perang saudara PMX-Rafizi.

“Sebab itu kalau Johor mengadakan PRN lebih awal bukan kerana tidak prihatin dengan beban rakyat tetapi tidak mahu terpalit dengan masalah orang lain. Biar “Johor cara Johor” membela rakyat negerinya.

“Sebab itu PRN Johor diadakan lebih awal pada bulan Mac 2022. Maka kerajaan lebih stabil dan bersatu dapat dibentuk. Hasilnya pelaburan Johor mencecah RM120 billion tahun 2025.

“Hasil negeri meningkat kepada RM2.5 billion tahun 2025. Semua itu dipulangkan kepada rakyat melalui Bantuan Kasih Johor (BKJ) untuk ringankan beban rakyat,” jelas Puad.

Beliau yang juga Adun Rengit berkata, apa tujuan pilihan raya diadakan pada tarikh tertentu?

“Sudah pasti itu adalah taktikal untuk menang. Sebab itu ada kalanya PRU atau PRN dibuat awal atau lambat. Pokoknya menang.

“Kalau menang itu membolehkan pula dibentuk kerajaan yang lebih stabil dan kuat maka apa salahnya PRN Johor diawalkan. Apatah lagi itu beri peluang kepada kerajaan negeri lebih fokus memaju negeri dan membela rakyat.

“Di Johor “feel good factor” amat jelas sekali. Insiatif “Bantuan Kasih Johor (BKJ)” amat meluas dan sampai ke semua lapisan masyarakat. Ia sudah masuk ke fasa 4.

“Terbaru, suri rumah tidak bekerja, penggali kubur dan warga emas akan menerima BKJ.

“Johor satu satunya negeri memberi inisiatif RM500 kepada semua penjawat awam Persekutuan yang berkhidmat di Johor. Contohnya guru, anggota polis, tentera dan jururawat,” ujarnya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat