KUALA LUMPUR – Cadangan Ahli Parlimen Kota Melaka, Khoo Poay Tiong agar kerajaan Melaka mengemukakan petisyen kepada Yang di-Pertuan Agong untuk mengisytiharkan darurat sebagai langkah menangguhkan pilihan raya negeri disifatkan sebagai tindakan bodoh.
Adun Merlimau Datuk Dr Akmal Saleh berkata, cadangan Ahli Parlimen DAP itu menggambarkan kerajaan tidak mampu mentadbir negara dengan baik.
“Dulu zaman BN menjadi kerajaan kita menghadapi krisis ekonomi juga, tidak pula nak isytihar darurat.
“Hari ini krisis ekonomi berlaku pada negara lain juga,tapi tiada juga nak isytihar darurat .
“Bila MP DAP cadang nak isytihar darurat,maknanya kamu yang sebenarnya tiada kebolehan dan kemampuan untuk mentadbir negara ini dengan baik!
“Maka yang perlu rakyat isytihar adalah humban kamu dari menjadi kerajaan. Bodoh! bidas Ketua Pemuda Umno itu.
Sebelum itu, Poay Tiong mengemukakan cadangan itu timbul ketika rakyat berdepan tekanan kos sara hidup yang meningkat susulan krisis bahan api, sekali gus menimbulkan persoalan mengenai kesesuaian mengadakan pilihan raya dalam masa terdekat.
Dalam pada itu, beberapa pemimpin politik turut menyuarakan pandangan agar pilihan raya ditangguhkan atas alasan kepentingan awam serta keperluan mengekalkan kestabilan ekonomi.
Situasi ini turut dipengaruhi oleh ketidaktentuan ekonomi semasa yang memberi kesan langsung kepada rakyat, khususnya dalam menghadapi peningkatan harga barangan dan perkhidmatan.
Beliau berpandangan langkah tersebut wajar dipertimbangkan bagi memberi ruang kepada kerajaan menumpukan usaha pemulihan ekonomi sebelum sebarang proses pilihan raya dilaksanakan.



