Ezlynn ada dipanggil SPRM

- Advertisement -

Kuala Lumpur: Penyanyi Ezlynn, 39, mengesahkan dia ada dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan sudah tampil memberi keterangan di ibu pejabat SPRM di Putrajaya pada 19 Februari lalu bagi membantu siasatan berhubung pembabitannya bersama seorang pelakon dengan seorang lelaki yang terbabit dalam kegiatan haram.

Ezlynn atau nama sebenarnya Azline Ariffin berkata, dia menerima mesej daripada SPRM yang memintanya hadir memberikan keterangan.

“Saya ikut arahan terbabit dan pergi ke sana bersendirian. Saya sudah memberikan kerjasama yang baik dengan SPRM. Setakat ini mereka kata saya tiada kena-mengena dalam isu ini,” katanya.

Menurutnya, apabila dia memaklumkan kepada SPRM bahawa dia tidak pandai berniaga, mereka faham ia tiada kena mengena dengannya.

“Mereka juga tanya sama ada saya ada terima wang tunai daripada individu terbabit dan saya jawab tiada,” katanya.

Terdahulu, tular dokumen yang mengaitkan Ezlynn dan seorang pelakon sebagai pihak yang terbabit bekerjasama dalam menjalankan aktiviti pengubahan wang haram bersama lelaki itu.

Ezlynn berkata, dia tidak pasti sama ada pihak SPRM sudah memanggil pelakon itu.

“Nama saya terpalit sebab saya yang kenalkan lelaki terbabit dengan pelakon itu. Sehari selepas mengenali lelaki itu, esoknya saya teruskan kenalkannya dengan pelakon itu.

“Saya akui kenal lelaki itu tapi saya tak tahu dia berniaga apa. Dia kenal saya dari Instagram. Dia mengaku peminat saya dan ajak saya berniaga, tapi saya tak pandai.

“Sebab itu saya kenalkannya dengan pelakon itu kerana dia pandai berniaga. Selepas itu pelakon terbabit ada menghubungi saya tapi kerana sibuk, saya tak sempat jumpa dia,” katanya.

Ezlynn berkata, pelakon itu pernah beberapa kali menghubunginya untuk berjumpa, namun kesibukannya ketika itu sebagai peserta Muzikal Lawak Superstar membuatkan mereka gagal berbuat demikian.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat