Ramlah Ram belum terbuka hati nak sertai Gegar Vaganza

Kuala Lumpur: Penyanyi popular, Ramlah Ram, 56, belum terbuka hati untuk menerima tawaran menyertai program realiti popular, Gegar Vaganza (GV).

Ramlah berkata, dia bukan menolak langsung untuk menyertai pertandingan nyanyian yang diminati ramai itu, tetapi belum bersedia buat masa sekarang.

“Saya ada menerima tawaran GV sebelum ini, tapi nampaknya memang belum terbuka hati untuk menyertai pertandingan itu lagi. Namun, jangan salah faham pula yang saya tak mahu sertainya langsung. Nak kata tak nak terus sertai (GV) itu, saya memang tak berani sebab soal hati ini kita tak tahu. Cuma, bagaimanapun buat masa sekarang saya memang belum bersedia lagi.

“Bagi saya, kalau dah kata setuju terima kita kena beri komitmen 100 peratus dan kena beri sepenuh hati kita memang betul-betul nak masuk pertandingan itu, barulah boleh beri persembahan yang baik,” katanya.

Menurut Ramlah, jika membabitkan persetujuan menyertai pertandingan, sebagai peserta perlu ada sasaran dan perancangan yang teliti.

Namun, buat masa sekarang dia lebih selesa menjadi penyokong rakan-rakannya saja.

Bercerita mengenai vokalnya yang kekal lunak hingga kini, Ramlah berkata, dia bersyukur kerana Allah SWT memberikannya kesihatan yang baik.

Katanya, petua paling utama adalah menjaga kesihatan diri.

Katanya, sepanjang 36 tahun pembabitan dalam industri seni sebagai penyanyi, dia sangat bersyukur memiliki tahap kesihatan yang baik.

Harian Metro

Topik Hangat

Hikayat Tan Sri Hamid Bador

Sidang media terakhir Tan Sri Abdul Hamid Bador sebagai Ketua Polis Negara (KPN) penuh kontroversi dan mungkin dilihat oleh sebahagian orang sebagai bersikap membalas...

Lompat parti tak salah, SPRM tak berhak siasat – Azam Baki

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak boleh melakukan siasatan ke atas ahli politik yang lompat parti kerana ia tidak menyalahi undang-undang...

50 Buffet Ramadhan 2021 Kuala Lumpur Selangor

Bulan puasa kini menjengah, namun sudahkah anda jumpa destinasi buffet untuk sesi iftar nanti? Atau anda masih tercari-cari destinasi buffet yang mana yang patut anda...

Berita Berkaitan

Khatam Al-quran Perdana

RAMADAN tahun ini sudah hampir ke penghujungnya. Umat Islam seluruh pelusuk dunia kini berlumba-lumba melakukan pecutan akhir dalam melipatgandakan amalan pada 10 malam terakhir...

Boleh ‘shooting’ masa PKP

Kuala Lumpur: Aktiviti penggambaran di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bermula hari ini dan esok dibenarkan, namun syarikat produksi perlu membuat permohonan Sijil...

Siapa bakal jadi Superman kulit hitam?

Los Angeles: Buat julung kalinya, filem Superman akan datang bakal menampilkan watak utama dan pengarah berkulit hitam, manakala skripnya ditulis Ta-Nehisi Coates yang juga...