MB Johor Baharu Dijangka Angkat Sumpah Hari Ini – Annuar Musa

- Advertisement -

CYBERJAYA: Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Tan Sri Annuar Musa berkata Menteri Besar Johor yang baharu dijangka mengangkat sumpah hari ini.

Menurut beliau, Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi telah pun menamakan satu calon untuk diperkenanankan oleh Sultan Johor.

“Di jangka sebentar lagi, MB Johoe akan mengangkat sumpah di Istana Johor,

“Pengerusi BN sudah pun menamakan satu calun untuk di perkenan  perlantikan oleh DYMM Sultan Johor,

“Tahniah dan selamat menjalankan tugas….” tulis Annuar Musa di Twitternya.

Terdahulu pada Isnin, bekas Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad dalam satu kenyataan berkata, beliau telah memohon agar orang muda diberi laluan untuk memimpin Kerajaan Negeri Johor.

Kata Ahli Dewan Undangan (ADUN) Benut itu lagi, cadangan itu berlandaskan faktor sokongan dan kedudukan anak muda yang penting dalam pembangunan Johor.

“Melihat sokongan dan kedudukan orang muda yang penting dalam pembangunan negeri Johor, dan demi kemakmuran negeri yang berpanjangan, saya mencadangkan agar pucuk pimpinan parti memilih orang muda untuk memimpin negeri Johor.

“Kerajaan Negeri di bawah pimpinan saya telah berikhtiar sebaik mungkin untuk menjadikan negeri Johor berdaya tahan dalam mendepani cabaran-cabaran pandemik COVID-19,” katanya lagi.

Hasni berkata, di bawah kepimpinan baharu, negeri Johor akan menjadi lebih makmur dan sejahtera.

“Seperti yang saya ucapkan pada malam kemenangan BN Johor tempoh hari, tiada ideologi politik, ahli politik dan parti politik yang lebih besar, lebih penting dan lebih utama daripada Johor Darul Ta’zim.

“Kini merupakan masa untuk kita bersama-sama membina Johor yang lebih makmur,” katanya lagi.

Terdahulu, terdapat tiga nama yang telah disenarai pendek sebagai calon MB selain Hasni, iaitu Datuk Onn Hafiz Ghazi (ADUN Machap) dan Datuk Mohd Puad Zarkashi (ADUN Rengit),

Bagaimanapun, sumber memaklumkan Onn Hafiz hampir pasti menjadi pilihan Istana. -SuaraTV

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat