BN Simpang Renggam Rakam Penghargaan Kepada PM

- Advertisement -

SIMPANG RENGGAM: Barisan Nasional (BN) Simpang Renggam merakamkan penghargaan terima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob atas sokongan dan bantuan kepakaran pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor berlangsung.

Pengerusi BN Simpang Renggam, Datuk Zakaria bin Dullah berkata, dengan sokongan dan bantuan kepakaran BN telah berjaya membentuk kerajaan negeri dengan kemenangan 40 kerusi daripada 56 kerusi yang telah dipertandingkan.

“Sukacitanya dimaklumkan bahawa Barisan Nasional Simpang Renggam merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Sri, Jemaah Menteri dan Timbalan Menteri Kabinet di atas sokongan, bantuan dan bantuan kepakaran bagi memenangi Pilihan Raya Negeri Johor 2022 dengan cemerlang dan jayanya.”

“Segala jasa baik dan kerjasama daripada Yang Amat Berhormat Dato’ Sri amatlah dihargai dan hanya Allah SWT sahaja yang dapat membalasnya.” kata Zakaria.

Terdahulu Barisan Nasional (BN) meraih kemenangan majoriti dua pertiga dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor bagi membentuk kerajaan negeri yang kukuh di negeri itu yang berlangsung pada 12 Mac lepas. -SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat