Ranhill Antara 10 Syarikat Dipilih Suruhanjaya Tenaga Untuk Loji Solar Semenanjung

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Tenaga (ST) telah memilih Ranhill Utilities Berhad (RUB) dan sembilan syarikat lain bagi pembangunan loji solar berskala besar untuk tujuan penghasilan 500 megawatt tenaga elektrik di Semenanjung Malaysia mulai tahun 2023.

Menurut pengumuman RUB kepada Bursa Malaysia, ST telah menyenarai pendek sepuluh (10) pembida untuk Pakej P2 (500MW) LSS @ MEnTARI di mana setiap pembida diperuntukkan kapasiti eksport 50MW.

RUB disenarai pendek dan dipilih bagi mengendalikan pengeluaran solar 50 megawatt setahun di Batang Padang, Perak, jika memenuhi syarat tambahan.

Projek ini memerlukan Ranhill menguruskan pembiayaan, reka bentuk, pembekalan, pembinaan, pemilikan, pengoperasian dan penyelenggaraan Loji Fotovoltan Solar Skala Besar 50MW bagi tujuan membekalkan tenaga elektrik selama 21 tahun mulai tahun 2023.

Pada 31 Mei 2020 ST telah mengeluarkan iklan Request For Proposal (RFP) bagi cadangan pembangunan 10 Loji Fotovoltan Solar Berskala Besar 50 megawatt di Semenanjung Malaysia.

Ranhill telah mengemukakan cadangan RFP mereka pada 2 September 2020.

Loji Solar Berskala Besar atau dikenali sebagai LSS adalah program pembidaan secara bersaing untuk menurunkan Penyamarataan Kos Tenaga (LCOE) bagi membangunkan loji fotovoltan solar berskala besar (LSS) dan Suruhanjaya Tenaga adalah merupakan agensi pelaksana untuk rancangan ini. – SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat