PPBM Dakwa UMNO Hanya Pentingkan Kerusi, Bukan Perpaduan Ummah

- Advertisement -

PETALING JAYA – Umno hanya mengutamakan pengagihan kerusi bukannya soal perpaduan ummah, kata Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PPBM, Razali Idris.

Beliau secara sinis berkata, Umno “boleh” bertanding di semua 222 kerusi Parlimen, memandangkan parti itu tidak mahu lagi bekerjasama dengan Perikatan Nasional (PN) pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

“Kerusi diberi keutamaan sangat besar (oleh Umno), bukannya soal perpaduan ummah. Sepatutnya bincangkan soal perpaduan ummah,” kata Razali kepada FMT.

Beliau mengulas kenyataan Pengarah Pilihan Raya Umno Tajuddin Abdul Rahman bahawa parti itu mahu bertanding di semua kerusi yang disandang oleh mereka yang keluar Umno dan menyertai PPBM.

Powered by Streamlyn

“Pendirian Umno ialah mengambil semula semua kawasan lompat itu. Jadi bila nak ambil balik, tiada perundingan,” kata Tajuddin.

Razali yang juga ketua PPBM Terengganu berkata, Umno kelihatan nekad untuk menolak PN dalam menghadapi PRU15.

“Umno sendiri sudah katakan tidak bersetuju untuk bekerjasama dengan PN, jadi bagi saya Umno boleh bertanding di semua tempat.

“Jadi, selepas Parlimen dibubarkan, Umno boleh bertanding sehingga 222 kerusi Parlimen,” kata beliau.

Razali berkata, keengganan Umno bersama PN pada PRU15, juga bermaksud Umno menolak kerjasama dengan PAS serta parti komponen lain dalam gagasan itu.

Umno dan PAS sebelum ini berulang kali menegaskan kerjasama dua parti itu akan diperkukuhkan menerusi Muafakat Nasional (MN).

Pada masa sama, PAS turut memantapkan hubungannya dengan PPBM menerusi PN.

Razali berkata, perbalahan Umno-PPBM hanya akan menguntungkan Pakatan Harapan (PH) pada PRU15, khususnya DAP.

“Kita bagi peluang pada PH untuk kembali memerintah dan dalam PH kerusi terbanyak adalah kerusi DAP, jadi kita beri kuasa pada DAP.

“Itu yang kita hendak elakkan, sebab itulah perlunya bincang soal perpaduan ummah, barulah (bincang pengagihan) kerusi,” katanya.

Pada 4 Mac lalu, Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan berkata, Umno tidak bekerjasama dengan PPBM pada PRU15 dan penglibatan parti itu dalam kerajaan PN hanya sehingga Parlimen dibubarkan. – FMT

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat