Bantuan Guaman Percuma Kepada Individu Yang Dikompaun – Pemuda UMNO

- Advertisement -

PETALING JAYA – Pergerakan Pemuda UMNO menawarkan khidmat nasihat guaman secara percuma kepada orang ramai yang dikompaun.

Ketuanya, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, khidmat tersebut termasuk bagi mereka yang berasa teraniaya akibat tindakan penguatkuasaan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) atas kesalahan kecil seperti tidak memakai pelitup muka.

“Tawaran ini meliputi nasihat guaman dan representasi peguam kepada Kementerian Kesihatan bagi membuat rayuan pengurangan kompaun untuk kesalahan-kesalahan melibatkan PKP.

“Dalam masa terdekat, Pemuda UMNO akan menyediakan platform secara dalam talian untuk individu-individu yang dikompaun bagi menghantar maklumat dan mendapatkan khidmat nasihat perundangan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Untuk rekod, Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador menyatakan setakat ini sebanyak 330 notis kompaun RM10,000 dikeluarkan kepada individu yang melanggar SOP PKP di seluruh negara mengikut peruntukan Ordinan Darurat (Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit) (Pindaan) 2021.

Antara kesalahan yang dilakukan adalah tidak memakai pelitup muka, tiada penjarakan fizikal atau premis tidak menyediakan alat pengukur suhu.

Asyraf Wajdi berkata, Pemuda UMNO tetap berpendirian agar kerajaan dapat mempertimbang menilai kembali jumlah kompaun RM10,000 yang ditetapkan agar rakyat tidak terus merasa terbeban dengan hukuman tersebut.

Tambahnya, masyarakat boleh menghubungi talian hotline iaitu 013-735411 dan 013-7354117 yang disediakan sayap parti itu.

“Walaupun secara prinsipnya, Pemuda UMNO menyokong usaha Kerajaan memperketatkan SOP untuk membendung penularan Covid-19.

“Namun jumlah kompaun yang terlalu tinggi hakikatnya amat membebankan rakyat lebih-lebih lagi di kala mereka sudah sedia terbeban dengan pelbagai kepayahan bagi meneruskan kelangsungan hidup,” katanya. – Utusan

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat