Malaysia Guna Vaksin Sinovac Bermula Khamis Ini

PUTRAJAYA – Malaysia akan menggunakan vaksin COVID-19 jenis Sinovac bermula Khamis ini, dengan Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin, menjadi penerima pertama suntikan vaksin keluaran China itu.

Mengumumkan perkara itu dalam sidang media mengenai perkembangan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan di sini hari ini, Khairy berkata beliau akan menerima suntikan pertama vaksin Sinovac itu di Hospital Rembau, Negeri Sembilan.

“Kita akan mula vaksinasi menggunakan vaksin Sinovac di Hospital Rembau dan sayalah orang pertama akan guna vaksin itu,” katanya yang juga Ahli Parlimen Rembau.

Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) pada 2 Mac meluluskan pendaftaran secara bersyarat bagi tiga vaksin COVID-19 untuk kegunaan semasa bencana iaitu, ‘COVID-19 Vaccine AstraZeneca Solution for Injection’; ‘CoronaVac Suspension for Injection – Sinovac’; dan ‘COMIRNATY Concentrate for Dispersion for Injection’.

Mengenai perolehan vaksin satu dos daripada syarikat Johnson & Johnson (J&J) dari Amerika Syarikat, Khairy berkata Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) memutuskan untuk tidak meneruskan perolehan vaksin itu.

“Mengenai J&J, kami memutuskan untuk tidak meneruskannya pada masa ini kerana jadual penghantarannya yang tidak memuaskan hari kerajaan Malaysia. Mereka perlu kembali dengan jumlah yang lebih banyak dan jadual penghantaran yang lebih pantas,” katanya.

Sementara itu, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba yang turut sama dalam sidang media itu berkata, suntikan dos kedua vaksin Pfizer-BioNTech akan diberikan mulai Rabu ini.

Malaysia memulakan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan pada 24 Feb lepas dengan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menerima suntikan pertama daripada dua dos vaksin Pfizer-BioNTech. – Bernama

Topik Hangat

50 Buffet Ramadhan 2021 Kuala Lumpur Selangor

Bulan puasa kini menjengah, namun sudahkah anda jumpa destinasi buffet untuk sesi iftar nanti? Atau anda masih tercari-cari destinasi buffet yang mana yang patut anda...

UMNO 3.0 Sedia Singkir Zahid, Najib Termasuk Mat Hasan Ogos Ini : Laporan

KUALA LUMPUR - Spekulasi tersebar luas berkait rancangan yang sedang berjalan untuk menyingkirkan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan pendahulunya Datuk...

Saya Tak Tahu Suami dan Anak Zeti Terima Wang 1MDB – Mahathir

PETALING JAYA - Bekas perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad berkata, beliau tidak mengetahui berhubung dakwaan bahawa suami dan dua anak bekas gabenor Bank Negara,...

Berita Berkaitan

Dua Pelajar MyPAC Antara 10 Calon Teratas Peperiksaan ACCA

KUALA LUMPUR - Dua pelajar Pusat Perakaunan Profesional Malaysia (MyPAC) berjaya menempatkan diri dalam kalangan 10 teratas pada peperiksaan Persatuan Akauntan Bertauliah Berkanun (ACCA)...

Dua Mukim Di Mersing Dikenakan PKP Bermula Esok – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR - Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan dilaksanakan di Mukim Endau dan Mukim Triang di Mersing, Johor bermula esok hingga 3 Mei. Menteri Kanan...

Gagal Patuh SOP, Bazar Ramadan Di Balok Diarah Tutup Sementara

KUANTAN - Bazar Ramadan Balok, di sini menjadi bazar pertama di daerah ini yang diarah tutup kerana gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang...