Azmin politikus ‘paling jahat’ abad ini, dakwa Syed Badli

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dilabel ‘ahli politik paling jahat abad ini’ oleh Timbalan Ketua Pemuda PKR, Syed Badli Shah Syed Osman.

Sehubungan itu, katanya, Azmin tidak layak untuk berbicara mengenai moral dengan menuding jari kepada Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai isu melompat parti.

Malah, Syed Badli mendakwa bahawa Azmin yang juga bekas Timbalan Presiden PKR sebagai orang yang telah merosakkan PKR dengan tingkah lakunya.

“Beliau adalah watak sebenar yang merosakkan PKR dengan mempamerkan perilaku tidak bermoral.

“Malah rancangan untuk merosakkan PKR telah disusun rapi oleh Azmin sejak sekian lama.

“Beliau turut menyusun sayap pemuda dan wanita dengan meletakkan mereka yang tiada kreadibiliti sebagai calon pemilihan parti sehingga timbul perbalahan dalaman yang meruncing,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Katanya, Azmin juga mendesak presiden parti ketika itu untuk memilih orang-orang tertentu sebagai calon pilihanraya yang lalu.

“Akhirnya mereka yang dipilih berkhianat dan lompat parti,” tambahnya lagi.

Syed Badli berkata demikian sebagai membalas kenyataan bersama oleh Azmin dan rakan-rakannya yang telah berpaling tadah, Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin; Ahli Parlimen Indera Mahkota, Saifuddin Abdullah; Ahli Parlimen Batu Pahat, Rashid Hasnon; Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Kamaruddin Jaffar; Ahli Parlimen Nibong Tebal, Mansor Othman; Ahli Parlimen Segamat, Santhara Kumar; Ahli Parlimen Saratok Ali Biju; Ahli Parlimen Puncak Borneo Willie Mongin, dan Ahli Parlimen Ranau Jonathan Yasin.

Dalam kenyataan itu, Azmin dan rakan-rakannya mendakwa bahawa ramai ahli parti telah menolak Anwar kerana PKR telah kehilangan perjuangan dan idealisme.

“Ini sangat malang kerana kita tahu ada pemimpin dan anggota parti yang berpegang teguh pada prinsip dan idealisme tetapi mereka diketepikan dan menjadi mangsa kuasa presiden,” kata ahli Parlimen keluar parti itu.

Kenyataan itu dikeluarkan selepas Ahli Parlimen Kuala Langat, Datuk Dr Xavier Jayakumar turut bertindak meninggalkan PKR.

Dalam pada itu, Syed Badli berkata Azmin adalah individu yang menjadi punca kepada kersoakan yang berlaku dalam PKR.

“Azmin adalah punca kepada kerosakan yang berlaku di peringkat dalaman PKR.

“Namun begitu usaha untuk memperbaiki imej parti kian berhasil apabila ramai watak-watak antagonis sekutu Azmin memilih untuk keluar dari PKR.

“Justeru, saya sifatkan Azmin sebagai watak politikus terjahat di abad ini dan saya menyeru beliau untuk insaf dan bertaubat,” katanya. -SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat