Siasatan salah laku ahli politik tak berhenti meski tukar arah kiblat – PAS

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Tindakan lompat parti tidak menyelamatkan sesorang ahli politik daripada kesalahan salah laku,” kata Timbalan Ketua Pemuda PAS, Ahmad Fadhli Shaari.

“Apa jua siasatan (jika ada) yang melibatkan ahli politik perlulah diteruskan dengan adil dan saksama tanpa mengira peralihan kiblat dan sokongan.

“Kerajaan tentunya tidak akan mencampuri urusan pihak yang menyiasat dan juga bidang kehakiman jika sekiranya ada kes yang didakwa di mahkamah,” kata Ahli Parlimen Pasir Mas.

Beliau berkata demikian susulan penghijrahan bekas Naib Presiden PKR, Datuk Dr Xavier Jayakumar yang mengisytiharkan diri sebagai ahli Parlimen bebas dan menyokong Perikatan Nasional (PN).

Beliau dikatakan berbuat demikian ekoran ‘ditekan’ Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). -SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat