Tiada Perbincangan Pembahagian Kerusi Dengan BN Sabah – Warisan

- Advertisement -

Parti Warisan menegaskan bahawa tidak wujud sebarang persefahaman berkaitan pembahagian kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dengan Barisan Nasional (BN) Sabah menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan datang.

Timbalan Presiden Warisan, Darell Leiking, berkata laporan sebuah portal berita yang mendakwa adanya rundingan antara Warisan dan BN Sabah hanyalah andaian dan spekulasi semata-mata.

“Saya telah menerima banyak panggilan serta pesanan WhatsApp daripada wartawan, ahli Warisan dan orang awam yang bertanyakan adakah ia benar bahawa satu persefahaman pilihan raya antara Warisan dan BN Sabah telah dibuat.

“Untuk pengetahuan semua, saya mengesahkan di sini bahawa tidak ada sebarang persefahaman pilihan raya dibuat di antara Warisan dan BN Sabah, termasuk juga dengan mana-mana parti politik yang lain,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di Kota Kinabalu semalam.

Baca Juga : EKSKLUSIF : BN – Warisan dijangka kompromi 50 kerusi dalam PRN akan datang 

Darell turut menegaskan bahawa cadangan mengenai persefahaman pilihan raya antara Warisan dan mana-mana parti lain tidak pernah dibincangkan di peringkat biro politik atau majlis tertinggi parti itu.

Sementara itu, Ketua Menteri Sabah, Hajiji Noor, sebelum ini menyatakan bahawa kerajaan negeri mempunyai tempoh sehingga Oktober ini sebelum Dewan Undangan Negeri dibubarkan bagi memberi laluan kepada PRN Sabah.

author avatar
Azie Saharuddin
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat