Fahmi Fadzil: Tiada Undian Majlis Raja-raja Berkaitan Titah Adendum

- Advertisement -

Kerajaan menafikan dakwaan bahawa Majlis Raja-raja telah membuat undian bagi mengambil tindakan terhadap kerajaan atas tuduhan ingkar melaksanakan Titah Adendum tahanan rumah terhadap bekas Perdana Menteri, Najib Razak.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, berkata Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) serta Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengenal pasti pihak yang menyebarkan berita palsu itu.

“Sekiranya ada sebarang undian pun, hanya raja pemerintah, raja yang berdaulat yang berhak untuk mengundi dalam sidang tersebut.

“Dari gambar yang dimuat naik dalam Facebook rasmi Sultan Ibrahim mengenai Majlis Raja-raja yang baru berlangsung, kita boleh lihat bahawa Tuanku sendiri tidak hadir bermaksud tidak ada sembilan undian.

“Maka untuk mana-mana pihak membuat satu berita palsu, menyatakan ada undian 7-2 bermaksud ada sembilan raja yang mengundi,” katanya dalam sidang media pasca Kabinet di Putrajaya, hari ini.

Penyebar Berita Palsu Akan Dikenakan Tindakan

Fahmi berkata demikian ketika mengulas mengenai penularan tangkap layar dalam aplikasi WhatsApp yang mendakwa Majlis Raja-raja telah mengundi untuk mengambil tindakan terhadap kerajaan kerana didakwa ingkar melaksanakan Titah Adendum.

Beliau turut menegaskan bahawa penyebaran berita palsu ini termasuk dalam kategori 3R, iaitu menyentuh isu Raja-raja, agama, dan kaum.

“Pihak MCMC dan PDRM telah mengenal pasti sejumlah individu yang telah terlibat memulakan berita palsu ini yang memang bersifat 3R.

“Pihak MCMC dan PDRM akan ambil tindakan terhadap mereka serta mana-mana pihak lain yang turut menularkan, menyebarkan berita palsu yang melibatkan raja-raja,” katanya lagi.

author avatar
Azie Saharuddin
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat