Siasatan Salah Laku Projek DBKL RM4 Juta Di Peringkat Akhir

- Advertisement -

PETALING JAYA: Siasatan dalaman terhadap dakwaan salah laku projek bernilai RM4 juta yang dikaitkan dengan pelakon dan pengarah, Afdlin Shauki, kini telah memasuki peringkat akhir.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa, berkata setakat ini beliau masih belum menerima taklimat daripada Datuk Bandar Kuala Lumpur, Maimunah Mohd Sharif, mengenai hasil siasatan tersebut.

“Saya akan menentukan tarikh yang sesuai untuk mendengar taklimat itu yang dijangka diadakan secepat mungkin.

“Saya pasti ramai yang tahu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) juga sedang menyiasat kes ini dan kita akan beri kerjasama sepenuhnya kepada pihak penguat kuasa yang bertanggungjawab,” katanya pada majlis perasmian Karnival Sukan Sempena Hari Wilayah Persekutuan 2025, hari ini, lapor Berita Harian.

DBKL Jalankan Siasatan Dalaman

Media sebelum ini melaporkan bahawa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sedang menjalankan siasatan dalaman berhubung dakwaan salah laku seorang ahli lembaga penasihat berkaitan pemberian projek bernilai RM4 juta.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Maimunah Mohd Sharif, turut mengesahkan bahawa siasatan sedang dijalankan dan pihaknya bekerjasama rapat dengan unit integriti DBKL bagi memastikan proses berjalan dengan telus.

Dakwaan Tular, Afdlin Nafi Salah Laku

Dakwaan salah laku ini mula tular di media sosial sejak akhir bulan lalu dan dikaitkan dengan pelanggaran proses tadbir urus dalam perolehan projek penerbitan bahan kreatif untuk DBKL. Projek tersebut dakwa tidak diberikan melalui proses tender terbuka.

Bagaimanapun, Afdlin Shauki telah menafikan sebarang salah laku berkaitan projek tersebut.

Beliau mendakwa bahawa isu berkenaan sengaja dimainkan untuk memburukkan namanya.

author avatar
Azie Saharuddin
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat