MHC sambut baik pemberian vaksin untuk semua penduduk di Malaysia

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Gabungan Kesihatan Malaysia (MHC) menyambut baik keputusan kerajaan untuk memberikan vaksin COVID-19 secara percuma kepada semua penduduk di Malaysia, termasuk pendatang tanpa dokumen bagi mencapai imuniti kelompok dan kesaksamaan jagaan kesihatan.

Namun, kerajaan perlu meyakinkan orang ramai dan memastikan mereka dapat mendaftar untuk akses kepada vaksin dan memerangi maklumat salah serta teori konspirasi vaksin yang merebak seperti virus berkenaan, demikian menurut MHC dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Kempen pendidikan awam secara besar-besaran perlu bagi mendidik orang ramai dan membantu mereka memahami sains asas mengenai vaksin.

Ini bertujuan meningkatkan kefahaman mereka mengenai kesihatan dan kesedaran dalam kalangan orang ramai, di samping menyediakan jawapan kepada persoalan yang mungkin timbul kelak.

MHC juga menggesa agar Pelan Imunisasi COVID-19 Kebangsaan dikeluarkan secepat mungkin agar orang ramai dapat diberi penerangan selain dapat mengemukakan cadangan penambahbaikan.

Menurut kenyataan itu, oleh kerana ia akan mengambil masa berbulan-bulan untuk mencapai imuniti kelompok, maka orang ramai dinasihatkan berjaga-jaga dan mematuhi prosedur operasi standard bagi mengekang penularan virus COVID-19.

– BERNAMA

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat