CEO Huawei Sahkan iPhone 12 Sebagai ‘Telefon Pintar Terbaik Dunia’

- Advertisement -

Jika sebelum ini CEO Huawei pernah mengakui syarikat beliau sememangnya mengikuti inovasi Apple kerana berpendapat Apple merupakan role model terbaik, kini beliau sekali lagi memetik Apple dalam kenyataan terbaru dengan melabelkan iPhone 12 sebagai telefon pintar terbaik dunia.

Kenyataan yang dibuat nyata mengejutkan orang ramai serta menjadi buah mulut netizen melihatkan seorang CEO syarikat teknologi dari China melabelkan model keluaran pesaing sebagai model daripada syarikat Amerika Syarikat sebagai model terbaik di pasaran.

iPhone-12-Mini-back-in-hand-2-1200×675

SUMBER: ANDROID AUTHORITY

Menurutnya, Apple iPhone 12 merupakan telefon pintar terbaik dunia berikutan jumlah penggunanya yang ramai di Eropah. Melihatkan Huawei yang tidak mempunyai model terbaik dan terbaru yang ditawarkan di Eropah, pemilihan orang ramai yang memilih iPhone sekaligus menunjukkan kehebatan teknologi 5G Huawei.

Selain itu, Ren Zhengfei turut memaklumkan harapan beliau agar Joe Biden selaku presiden terbaru Amerika Syarikat mengamalkan polisi terbuka sekaligus membolehkan Huawei sekali lagi dapat berdagang di Amerika Syarikat tanpa sekatan.

The Vocket

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat