Tiada Faedah Provokasi Rakan Sekutu Rebut Kerusi Perak – Bersatu

KUALA LUMPUR – Bersatu Perak mengingatkan UMNO negeri itu supaya sebarang perbincangan berhubung kedudukan kerusi sepatutnya dizahirkan dan diputuskan di meja rundingan bukannya di dada akhbar.

Perkara itu disuarakan Ketua Armada Perak, Mubin Salleh.

“Dahulunya, Datuk Saarani sebagai Exco Kerajaan Barisan Nasional (BN) Perak yang telah kehilangan kerajaan negeri pada PRU 12 dan PRU 14 sepatutnya lebih tahu dengan pengalaman tumbangnya kerajaan BN Perak dalam dua PRU ini.

“Sebagai Menteri Besar tiada faedahnya jika berterusan memprovokasi rakan yang bersama membentuk kerajaan di Perak ini,” kata Mubin.

Ujar beliau, tindakan sebegini akhirnya hanya akan menyebabkan UMNO, PAS dan Bersatu di Perak ini kalah dan memberi kemenangan mudah pada Pakatan Harapan (PH) PRU 15 nanti.

Terdahulu, UMNO Perak memberi kata dua kepada Bersatu supaya tidak bertanding di kerusi yang dimenangi UMNO pada Pilihan Raya Umum ke-14.

Saarani yang juga Pengerusi Perhubungan UMNO Perak berkata, pihaknya tidak akan berkompromi dan bertegas supaya semua kerusi Parlimen dan DUN itu kekal ditandingi UMNO pada PRU15 akan datang.

Topik Hangat

50 Buffet Ramadhan 2021 Kuala Lumpur Selangor

Bulan puasa kini menjengah, namun sudahkah anda jumpa destinasi buffet untuk sesi iftar nanti? Atau anda masih tercari-cari destinasi buffet yang mana yang patut anda...

UMNO 3.0 Sedia Singkir Zahid, Najib Termasuk Mat Hasan Ogos Ini : Laporan

KUALA LUMPUR - Spekulasi tersebar luas berkait rancangan yang sedang berjalan untuk menyingkirkan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan pendahulunya Datuk...

Saya Tak Tahu Suami dan Anak Zeti Terima Wang 1MDB – Mahathir

PETALING JAYA - Bekas perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad berkata, beliau tidak mengetahui berhubung dakwaan bahawa suami dan dua anak bekas gabenor Bank Negara,...

Berita Berkaitan

Orang Melayu biasa tak derhaka kepada raja tapi angkara darurat mereka marah – Tun M

KUALA LUMPUR - Pelaksanaan darurat membangkitkan kemarahan orang Melayu kepada istana kata, Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. Kata beliau, kemarahan orang Melayu itu...

PAS bangga DAP label parti itu paling bahaya

KUALA LUMPUR - Naib Presiden PAS, Senator Idris Ahmad bangga dengan label yang diberikan oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng bahawa parti Islam...

Tangguh Pemilihan Boleh Menjerumus UMNO ke Tangan PH – UMNO Gerik

KUALA LUMPUR - Penangguhan Pemilihan UMNO akan menjadi antara punca parti menjalinkan kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti. Pemangku...