Vaksin pertama Covid-19 tiba Sabtu ini

KUALA LUMPUR- Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa mengumumkan berita baik bahawa 20 Februari 2021, Sabtu ini vaksin pertama Covid-19 akan mendarat di Malaysia.

Menurut Annuar perkara itu dimaklumkan oleh Menteri Kesihatan, Datuk Seri Adham Baba dan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

“Hari ini mendapat taklimat terperinci YB KJ dan YB Dr Adham mengenai Pelan Imunisasi Covid-19.

“Tahniah kepada kedua-dua mereka.Vaksin pertama tiba Sabtu ini,” umum beliau di Twitter.

Menurut Ahli Parlimen Ketereh itu kerajaan terus fokus dan komited memenangi perang ini.

“Banyak bersabar,menang bersama,” ujar Annuar. -SuaraTV

Topik Hangat

Ismail Sabri bakal dilantik TPM, Zahid dipinggir punca UMNO berantakan?

KUALA LUMPUR – Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob disebut-sebut bakal dinaikkan pangkat menjadi Timbalan Perdana Menteri. Desas-desus ini khabarnya antara punca UMNO...

Tiga Lagi ADUN Amanah Keluar Parti – Laporan

CYBERJAYA - Sekurang-kurangnya tiga lagi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari Parti Amanah Nasional (Amanah), kali ini di Johor dilaporkan bertindak keluar parti untuk...

Muhyiddin Mana Lebih Sakit Kena Cucuk Atau Titah Agong?

KUALA LUMPUR - Perkara yang paling ditakuti oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin dan parti yang dipimpinnya ialah sidang Parlimen dan Pilihan Raya Umum...

Berita Berkaitan

Fitnah senjata pengecut, Maszlee hantar surat tuntutan kepada Asyraf

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik berkata hanya mereka yang pengecut sahaja yang sering menggunakan senjata fitnah dan propaganda murahan untuk...

Agihan untung Tabung Haji 3.10 peratus

KUALA LUMPUR – Tabung Haji (TH) mengumumkan agihan keuntungan sebanyak 3.10 peratus selepas zakat bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2020 dengan jumlah pembayaran...

Pembantu rumah, pemandu VVIP sailang giliran suntik vaksin

KUALA LUMPUR - Isu sailang giliran bagi mendapatkan vaksin heboh diperkatakan apabila ia didakwa turut membabitkan pembantu rumah dan pemandu orang kenamaan. Pengerusi MedTweetMY, Dr...