Bayi Kembar Dilarikan Monyet, Satu Ditemukan Mati Di Tepi Parit

- Advertisement -

TAMIL NADU : Seorang bayi perempuan yang baharu berusia lapan hari maut selepas dilarikan sekumpulan monyet di bandar Thanjavur, Tamil Nadu, India.

Kejadian berlaku ketika bayi malang itu dan kembarnya sedang tidur di rumah pada Sabtu, lapor India Today.

Ibunya, Buvaneswari hanya menyedari kejadian apabila mendapati anak kembarnya tiada di tempat tidur.

Wanita yang mencari kedua-dua bayinya itu terkejut dan menjerit apabila mendapati beberapa monyet di bumbung rumahnya.

Dipercayai kumpulan monyet itu bertindak masuk ke dalam rumah melalui bumbung dan melarikan kedua-dua bayi berkenaan.

Jiran yang terdengar jeritan Buvaneswari bergegas membantu, namun hanya berjaya menyelamatkan salah seorang bayi kembar itu yang ditinggalkan di atas bumbung.

Mayat seorang lagi bayi yang dilarikan monyet dijumpai dekat sebuah parit di bandar itu.

Pasukan perubatan mengesahkan kematian bayi malang itu dan kes sedang disiasat.

– Astro Awani

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat