Rang Undang-Undang Berkaitan Gangguan Seksual Jangka Siap Mac

KUALA LUMPUR: Rang undang-undang berkaitan gangguan seksual dijangka siap Mac ini dan dijangka akan dibentangkan pada persidangan Dewan Rakyat akan datang.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rina Mohd Harun berkata, draf rang undang-undang itu, kini pada peringkat akhir bagi penelitian Jabatan Penguam Negara.

“Draf telah hantar ke AGC (Jabatan Penguam Negara) untuk menilai jika ada pindaan-pindaan kecil…bersidang sahaja parlimen nanti, kita akan bentangkan.

“Dalam masa sama, usaha-usaha kesedaran dan pendidikan tentang gangguan seksual terus digerakkan oleh semua agensi di bawah kementerian ini,” katanya kepada pemberita selepas melawat pusat rujukan khidmat sosial golongan gelandangan, Anjung Singgah di Jalan Hang Lekiu, malam ini.

Rina turut memberi jaminan rang undang-undang itu nanti akan bersifat holistik dalam membendung isu berkaitan gangguan seksual yang tidak terhad terhadap gangguan di tempat kerja semata-mata.

Beliau berkata demikian mengulas desakan beberapa pihak termasuk bekas menteri kementerian itu, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk mempercepatkan pembentangan rang undang-undang tersebut.

Desakan itu berikutan terdapat dakwaan insiden gangguan seksual baru-baru ini melibatkan anggota polis.

Persidangan Parlimen yang sepatutnya bermula bulan hadapan, telah ditangguhkan susulan pengisytiharaan darurat oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada 12 Jan sehingga 1 Ogos tahun ini.

Terdahulu juga pelbagai pihak termasuk pertubuhan bukan kerajaan mahu kerajaan mewujudkan akta khusus menangani masalah gangguan seksual bagi memudahkan mangsa mendapat bantuan untuk menghentikannya termasuk di tempat kerja.

– BERNAMA

Topik Hangat

Muhyiddin Bakal Gugurkan Semua Menteri UMNO?

CYBERJAYA - Biro Politik Majlis Tertinggi (MT) Bersatu dijangka akan membuat keputusan meminta Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menggugurkan semua menteri kabinet dari...

Tiga Lagi ADUN Amanah Keluar Parti – Laporan

CYBERJAYA - Sekurang-kurangnya tiga lagi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari Parti Amanah Nasional (Amanah), kali ini di Johor dilaporkan bertindak keluar parti untuk...

Najib Masih Pilihan Rakyat Menjadi PM

CYBERJAYA: Datuk Seri Najib Tun Razak disifatkan masih mempunyai pe­ngaruh tersendiri dalam kalangan rakyat negara ini dan menjadi pilihan diangkat semula sebagai Perdana Menteri...

Berita Berkaitan

Bersatu Pandang Serius Keputusan UMNO Tiada Kerjasama Pada PRU15 – Hamzah

CYBERJAYA - Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, parti itu memandang serius keputusan UMNO yang menegaskan tiada kerjasama dengan Bersatu dalam Pilihan...

Perlu Jalani Ujian Calitan Covid-19 Sebelum Masuk Sabah, Sarawak

KUALA LUMPUR - Semua individu yang akan memasuki Sabah, Sarawak dan Labuan perlu menjalani ujian calitan COVID-19 tiga hari sebelum perjalanan setelah mendapat kebenaran...

BN Junjung Titah Agong Parlimen Boleh Bersidang Ketika Darurat

CYBERJAYA - Barisan Nasional (BN) menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang menegaskan Parlimen boleh kembali bersidang walaupun...