COVID-19 buktikan sifat empati masyarakat – Muhyiddin

- Advertisement -

PUTRAJAYA: Krisis COVID-19 membuktikan rakyat Malaysia, khususnya petugas barisan hadapan mempunyai sifat empati terhadap satu sama lain tanpa mengira kaum atau agama, kata Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Perdana Menteri berkata, beliau mahu masyarakat negara ini perlu terus memperkukuh sifat empati, bagi membantu usaha mengatasi cabaran perkauman dengan lebih berkesan.

“Kita perlu terus menyuburkan sifat empati ini dalam kita hendak memahami isu-isu kaum dari perspektif yang lebih seimbang dan menyeluruh.

“Seperti beberapa negara-negara berbilang kaum yang lain, kadang kala kita hanya melihat isu kaum dari sudut kaum atau kumpulan tertentu.

“Perspektif ini perlu diperbaiki supaya menjadi lebih seimbang dan holistik dan harus dipupuk melalui sistem pendidikan dan media,” katanya ketika melancarkan Dasar Perpaduan Negara dan Rangka Tindakan Perpaduan Negara 2030, secara maya, pagi ini.

-BERITA HARIAN

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat