“Saya hantar resume, lagipun cuma Ahli Lembaga Pengarah UPM saja bukannya Petronas” – anak Zahid

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Anak kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi iaitu Datuk Nurul Hidayah menghantar resume bagi pemohonan menjadi Ahli Lembaga Pengarah Universiti Putra Malaysia (UPM) memandangkan beliau juga salah seorang bekas graduan universiti tersebut.

Exco Wanita Umno bahkan menempelak bahawa beliau hanya Ahli Lembaga Pengarah UPM bukannya Petronas sekiranya ada pihak menjadikan pelantikan itu sebagai isu.

“Sejak ramai yang tanya dan sudah mula tular fitnah dan persepsi buruk terhadap saya, saya akan memberi pencerahan untuk mereka yang mahu membaca dan faham.
Pertama, pada tahun lepas sekitar awal tahun 2024, saya telah dimaklumkan oleh salah seorang bekas pensyarah saya untuk mencuba nasib menghantar resume / CV untuk memohon menjadi Lembaga Pengarah UPM, kerana kebetulan akan ada ahli yang akan tamat tempoh.

“Saya cuba nasib saja sebenarnya kerana kebetulan saya adalah Alumni UPM yang agak aktif dan saya percaya dengan menjadi sebahagian daripada Lembaga Pengarah UPM, lebih mudah untuk saya berkhidmat dengan lebih aktif lagi jika terpilih.

“Alhamdulillah, pada minggu lepas, saya dapat panggilan untuk saya melihat email dan memberi maklum balas jika bersetuju tawaran yang dinyatakan kepada saya.
Mulanya saya sangat teruja kerana saya boleh tolong lebih ramai anak orang susah (golongan B40). Saya juga berpendapat, dengan amanah yang saya pikul kelak, saya akan gunakan,” jelas Nurul Hidayah di Instagramnya pada Rabu.

Katanya lagi, tiket alumni dimanfaatkan untuk membantu UPM menyumbangkan tenaga atau apa sahaja bagi menampung kos pengajian anak’ golongan B40 yang berkelayakan untuk masuk belajar ke UPM.

“Niat saya tidak tersasar, dari mana tuduhan tidak berasas yg mempertikaikan kelayakan saya dan kedudukan saya yang kebetulan anak kepada Timbalan Perdana Menteri.

“Saya juga manusia biasa sama seperti orang lain yang masih bekerja, berniaga dan ingin membantu orang atas kapasiti kecil saya sebagai mantan mahasiswa UPM.
Sesuai dengan slogan UPM – Berilmu, Berbakti.

“Saya kira, bukan mudah untuk ditawarkan berkhidmat bersama? LPU UPM yang lain jika saya tidak berkelayakan. Mungkin lebih ramai lagi yang layak, tetapi berapa ramai yang benar-benar mahu berkhidmat kerana minat.

“Helping people is my passion. Apa lagi untuk menggalakkan dan membantu mereka yang berkeinginan untuk ke universiti tetapi tidak berkemampuan.

“Ini komen terakhir saya berkait pelantikan Lembaga Pengarah UPM, lagi UPM saja pun bukannya Ahli Lembaga Petronas,” bidas Nurul Hidayah.

Nurul Hidayah telah dilantik sebagai ahli Lembaga Pengarah UPM. Tempoh pelantikan tersebut telah berkuat kuasa mulai 2 Januari 2025 dan akan berakhir pada 1 Januari 2028.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat