Ham bukan proses buat makanan, tolong simpan sikit kebodohan kamu – Akmal

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda Umno Datuk Dr Akmal Saleh tampil ‘menyekolahkan’ Naib Pengerusi DAP Kebangsaan Nga Kor Ming berkait ham.

Jelas Adun Merlimau itu ham bukan bermaksud proses untuk buat makanan.

“Bila ada menteri beritahu ham bermaksud proses untuk membuat makanan,maka saya sertakan apakah maksud ham dari Oxford Learners’s Dictionary. Ham bermaksud daging yang datangnya daripada babi.

“Jika daging itu datangnya daripada sumber selain daripada babi,ia mesti disertakan sumbernya di depan dahulu, seperti daging lembu,maka ia disebut beef ham,jika daging ayam,maka ia disebut chicken ham.

“Jika ada beranggapan sama jer ham,maka jawapannya tidak,kerana ia seperti contoh nama Nga Kor Chong dan Nga Kor Ming walaupun nama di depan sama,tetapi orangnya berbeza,” bidas Akmal.

Mengulas lanjut beliau memberitahu, sebab itu dalam SOP yang dikeluarkan oleh Jakim untuk permohonan halal,mana- mana makanan yang namanya seperti makanan yang tidak halal seperti ham,tidak boleh diberikan sijil halal.

“Tetapi kalau chicken ham,beef ham dibenarkan untuk tujuan mengelakkan kekeliruan.

“Ham bukan bermaksud proses untuk buat makanan ya, kalau tak faham tanya pegawai atau boleh buka kamus.

“Tolong simpan sedikit kebodohan kamu tu,” tempelak Exco Melaka itu lagi.

Terdahulu dalam hantaran di akaun X, Kor Ming yang juga Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan mengulas berhubung sandwic ham ayam dan keju yang dijual di kampus Universiti Malaya, selepas logo halal didakwa disalahgunakan pada sandwic yang telah dibungkus.

Kor Ming membidas pihak tertentu yang didakwanya membuat kekecohan mengenai perkara itu, berkata ham hanya merujuk kepada daging yang telah diawetkan.

“Kami mempunyai ham ayam belanda dan ham ayam, yang sesuai untuk dimakan. Begitu juga dengan root beer, yang diperbuat daripada akar sassafras yang tidak beralkohol dan baik untuk diminum.

“Untuk menjadikan isu daripadanya hanya menunjukkan siapa yang bodoh sebenarnya,” katanya dalam catatan di X.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat