PM11? Samsuri masih belum capai tahap Mat Hassan

- Advertisement -

32-0 ialah skor yang sering bergema di seluruh negara ekoran sekali lagi Samsuri memimpin PAS ke arah kekalahan UMNO terbesar sejak 2018 apabila calon mantan Panglima Angkatan Tentera yang sudah pastinya dikaitkan dengan ketelitian penyelidikan MenHan Mat Hasan yang menyifatkan calon BN Kemaman baru baru ini sebagai pahlawan bangsa.

Penggiat politik berpaksikan Perikatan Nasional tidak melepaskan peluang melaungkan kehebatan Menteri Besar Terengganu iniselepas rakyat Kemaman memulangkan mandat kepada PAS yang dibatalkan kemenangan kerana sabitan rasuah.

Ungkapan pahlawan bangsa yang digunakan Mat Hassan itu sewajarnya menjadi salah satu indikator keinsafan apabila Mat Hasan mengeluarkan kenyataan mengenai keperluanUMNO menginsafi kedudukan mereka ketika ini yang tidakmampu selesa walaupun menjadi sebahagian daripada kerajaan.

Bagaimana calon pahlawan bangsa boleh tewas? Sudah pastinya ini menjadi satu lagi peluru bagi penyokong Samsuri menampilkan lagi keterampilan beliau sebagai calon PM bagi Perikatan Nasional.

Tetapi kata pujangga Mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tetap menjadi igauan bagi mana-mana pemerhatipolitik yang serius. Kalimat beliau didakwa menjadi pedoman sebagai Mat Hassan dalam berkhidmat.

Sometimes you must work quietly in the service of a better outcome.

Kadangkala anda mesti bekerja dalam diam untuk hasil yang lebih baik.

Menteri Besar Terengganu YAB Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri

Apa yang ramai terlepas dari perhatian rakyat Malaysia ialahsatu lagi insiden kapal penyelidik China dilaporkan pemerhati di aplikasi X didapati berlegar-legar menceroboh kawasan EEZ Malaysia di perairan Sarawak. Ini bukan insiden kali pertama, bahkan sejak Jun 2023 lagi, Wisma Putra telah mengeluarkan kenyataan tegas bagi membantah pencerobohan tersebut.

Apapun lebih membimbangkan bukan sahaja perairan Malaysia dan zon Ekonomi diceroboh, tetapi sejak Julai kemelut yang sama dan lebih serius dirasai di Filipina dan Vietnam. Semuacakap cakap mengenai pelaburan China ialah tidak bermakna jika kuasa asing ini mengintai sumber minyakdan gas negara. Bahkan kenyataan Perdana Menteri kesepuluh yang membayangkan seolah-olah kemelut Laut China Selatan ini ialah persaingan kuasa barat dan China adalahtidak tepat sekali dan amat mengecewakan.

Namun, hubungan baik antara PMX dan Presiden TurkiyeErdogan adalah kesempatan yang diambil dengan baik oleh UMNO apabila Setiausaha Agung partinya, Dr Asyraf Wajdi menerima kunjungan rasmi Duta Baru Turkiye ke Malaysia baru-baru ini dan pelbagai isu turut dibincangkan meskipun dalam aspek pertahanan, Dr Asyraf hanya menyebut pertukaran teknologi ketenteraan melalui ekosistempendidikan TVeT MARA di mana beliau ialah Pengerusinya.

Tanpa sebarang promosi mahupun laungan publisiti yang kuat, Mat Hasan mengumumkan pembelian aset maritimTurkiye sekaligus membawa kerjasama kedua-dua rantau kembali ke zaman kegemilangan Turkiye Uthmaniyyah yang dahulunya terkenal dengan armada laut termoden ketika itu.

Tidak berhenti di situ, semalam Mat Hasan menandatangani pembelian radar Peranchis bagi menangani ancaman di EEZ Malaysia di Laut China Selatan. Kesemua pencapaian ini dilaksanakan ketika Samsuri masih melayari kemenangan Kemaman.

Diam diam ubi berisi. Rakyat Malaysia sewajarnya lebih peka dengan perkembangan terkini agar kita tidak terbuai dengan Samsuri ataupun Sanusi. Tetapi berbangga dengan Mat Hassan dan hasil kerja beliau yang terkini.

Zaman kenyataan balas telah berakhir dan zaman Menhan bertindak bermula.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat