Permohonan fasa satu Matrikulasi sesi 2024/2025 dibuka esok – KPM

- Advertisement -

CYBERJAYA – Permohonan fasa satu untuk mengikuti pengajian Program Matrikulasi bagi sesi 2024/2025 kepada pelajar yang menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 akan dibuka bermula esok hingga 31 Mac 2024 ini.

Menerusi satu kenyataan hari ini, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memaklumkan, permohonan fasa dua dan pengemaskinian maklumat pelajar pula akan dibuka selama lima hari selepas keputusan SPM 2023 diumumkan.

“Permohonan ke Program Matrikulasi KPM adalah percuma dan pelajar boleh memohon melalui laman sesawang https://matrikulasi.moe.gov.my,” menurut kenyataan itu.

Dalam kenyataan yang sama KPM turut memaklumkan keputusan permohonan akan dikeluarkan oleh Bahagian Matrikulasi KPM menerusi laman sesawang dalam tempoh 21 hari bekerja selepas keputusan SPM 2023 diumumkan.

“Pelajar yang berjaya mendapat tawaran ke Program Matrikulasi KPM perlu memuat turun dan mencetak sendiri surat tawaran dan dokumen pendaftaran melalui laman sesawang semakan keputusan tawaran Program Matrikulasi KPM,” kata kenyataan itu lagi.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat