Ranhill berjaya raih kontrak pengurangan air bukan hasil bernilai RM283.9 juta di Johor

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Syarikat Ranhill Utilities Berhad menerusi Ranhill Technologies Sdn. Bhd. menerima surat anugerah (LOA) bagi kontrak pengurangan air bukan hasil (NRW) bernilai RM283.9 juta di Johor, lapor portal DagangNews, hari ini.

Menurut laporan itu, kontrak tersebut merupakan yang ketujuh berturut-turut yang diperoleh Ranhill Technologies melalui tender terbuka sejak 2011 dan mereka berjaya melaksanakan projek berkenaan di Johor secara holistik sejak ditubuhkan pada 2005.

Untuk rekod, kumpulan itu berjaya mengurangkan NRW di Johor daripada lebih 37% pada 2005 kepada 25.1% pada 30 November 2023.

“Projek itu akan dilaksanakan serta-merta dengan tarikh pemilikan 1 Januari 2024 dan akan disiapkan pada 31 Disember 2026,” kata jurucakap syarikat itu dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia, hari ini.

Menurut laporan itu lagi, antara skop kerja bagi kontrak yang memakan masa 36 bulan itu merangkumi penubuhan kawasan meter daerah (DMA) baharu dan penubuhan semula DMA sedia ada selain rumusan serta penyelenggaraan meter NRW dan pencatat data.

Ia juga memerlukan kumpulan itu untuk menguruskan tekanan air, pemantauan dan penyelenggaraan takungan selain pemasangan meter, injap dan PRV.

“Kumpulan itu juga perlu menyelenggara sistem Ranhill SAJ AquaSMART selain kerja-kerja pembaikan dan jumlah NRW serta pengurangan kebocoran,” katanya.

Projek tersebut dilihat akan menyumbang secara positif kepada pendapatan kumpulan dari tahun kewangan berakhir 31 Disember 2024 hingga tahun kewangan berakhir 31 Disember 2026.

Projek itu adalah sebahagian daripada perbelanjaan mengurus kumpulan dan akan dibiayai sepenuhnya oleh RanhillSAJ.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat