297 Peserta Agropolitan Pekan Terima Suratan Hak Milik Rumah – MB Pahang

- Advertisement -

KUANTAN: Seramai 297 peserta Agropolitan Pekan menerima suratan hak milik rumah yang telah disampaikan oleh Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail.

Dalam ucapannya Wan Rosdy berkata, pemberian suratan hak milik ini sangat signifikan membuktikan Kerajaan telah menepati janji dan bersama-sama para peserta untuk berkongsi kejayaan projek ini.

Jelasnya lagi, Projek Agropolitan ini telah dibangunkan oleh Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) pada tahun 2009 dan 62 Orang Asli telah mendapat manfaat daripadanya menerusi dua (2) aktiviti ekonomi utama iaitu penternakan biri-biri Dorper di Batu 8 dan Runchang, serta ladang kelapa sawit di Tanjung Batu.

May be an image of one or more people, people standing and indoor
“Pemberian suratan hak milik petang ini sangat signifikan membuktikan Kerajaan telah menepati janji dan bersama-sama para peserta untuk berkongsi kejayaan projek ini.” kata Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail selepasnya menyerahkan suratan hak milik rumah kepada 297 peserta Agropolitan Pekan di Dewan Konvensyen Sultan Haji Ahmad Shah, Pekan, pada Isnin.

“Di Pahang, 374 peserta termasuk 62 Orang Asli telah mendapat manfaat daripadanya menerusi dua (2) aktiviti ekonomi utama iaitu penternakan biri-biri Dorper di Batu 8 dan Runchang, serta ladang kelapa sawit di Tanjung Batu.

“Pemberian suratan hak milik petang ini sangat signifikan membuktikan Kerajaan telah menepati janji dan bersama-sama para peserta untuk berkongsi kejayaan projek ini.” katanya selepasnya menyerahkan suratan hak milik rumah kepada 297 peserta Agropolitan Pekan di Dewan Konvensyen Sultan Haji Ahmad Shah, Pekan, pada Isnin.

Dalam pada itu, beliau merakamkan ucapan terima kasih kepada ECERDC yang telah memainkan peranan penting dengan memastikan kejayaan projek ini bersama-sama dengan FELDA dan Kerajaan Negeri sejak mula.-SuaraTV

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat