Khairy Pening Terima Soalan Vaksin Covid-19, Freemason dan Illuminati

- Advertisement -

CYBERJAYA – Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia, Khairy Jamaluddin hari ini berkata, beliau menerima banyak pertanyaan daripada pelbagai pihak yang ingin tahu mengenai vaksin Covid-19.

“Saya menerima banyak pertanyaan berkenaan vaksin COVID-19 di Dewan Rakyat mahupun melalui media sosial,” tulisnya di Twitter, bersama lampiran empat soalan yang diterima dari individu yang memperkenalkan diri sebagai penganalisis bebas.

Namun beliau seakan pening kebuntuan untuk menjawab salah satu soalan yang dibangkitkan itu.

“Hari ini saya menerima emel memohon untuk diadakan kunjungan hormat. Saya terbuka untuk berjumpa siapa-siapa, tapi tidak tahu macam mana nak jawab soalan (iv),” katanya.

Tiga daripada empat soalan ‘penganalisis bebas’ itu berkaitan vaksin Covid-19 dan pandangan mengenai rawatan alternatif.

Manakala soalan terakhir yang menyebabkan Khairy kebuntuan adalah mengenai teori konspirasi yang mengaitkan penyebaran Covid-19 dengan gerakan Freemason dan Illuminati.

Soalan yang sukar dijawab itu tersebut berbunyi;

“Adakah kerajaan tahu perkara Covid-19 ini adalah sesuatu yang dirancang oleh golongan Freemason dan Illuminati dalam usaha mereka mahu menguasai dunia melalui ‘New World Order’?”.

Seorang netizen secara berseloroh menulis komen meminta Khairy merujuk kepada bomoh bagi mendapatkan jawapan untuk soalan tersebut.

“Power soalan tu. Kena tanya tok bomoh teropong untuk jawapan,” kata Jufithri Abd Halim.

“Melayu dan illuminati berpisah tiada,” ulas Aluna pula.

“Yang soalan last tu by kena jawab juga ke? Hahahaha,” kata Aiman Ghafar berseloroh.

Setakat ini status Twitter itu telah diulang kicau lebih 400 kali dan mendapat lebih 1,000 tanda suka.

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat