NGO seru pengundi Bagan Datuk jangan undi Zahid

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Sebuah NGO menyeru pengundi di Parlimen Bagan Datuk agar tidak mengundi calon BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15),19 November ini.

Ini kerana, menurut NGO Gerakan Jangan Undi Zahid yang diwakili Badrul Hisham Shaharin, Presiden UMNO itu didakwa menjadi punca kepada ketidakstabilan negara sejak Julai 2020.

Dakwa Badrul yang turut dikenali sebagai Chegu Bard, banyak peristiwa politik yang melanda negara sebelum ini berpunca daripada Zahid antaranya Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor serta PRU-15 yang terpaksa diadakan pada musim banjir.

“Hari ini, pemimpin UMNO sendiri terpaksa beri kenyataan jangan kaitkan diri mereka dengan Zahid. Dia kini sudah jadi beban.

“Jadi apa rakyat boleh buat? Pertama, bagi mereka yang benci kan rasuah dan pemimpin rasuah, jika ada saudara-mara, kawan-kawan yang merupakan pengundi Bagan Datuk, pujuk mereka jangan undi Zahid.

“Bagi yang bencikan Zahid kerana tak habis-habis rosakkan kestabilan negara sejak Covid-19 lagi, paksa kita lalui PRN, menjadi sebab kerajaan dan Perdana Menteri dijatuhkan, menjadi sebab kita terpaksa mengundi pada musim hujan dan banjir, kalau ada saudara-mara, kawan-kawan pengundi Bagan Datuk, pujuk mereka jangan undi Zahid,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media yang diadakan di sebuah hotel di ibu negara hari ini.

Sidang media itu turut dihadiri penulis yang juga bekas ahli UMNO yang dipecat keahliannya, Datuk Zaharin Mohd Yasin.

Selain itu, Chegu Bard berkata, banyak tindakan Zahid menyebabkan perpecahan ummah antaranya gabungan Muafakat Nasional yang ‘terkubur’ pada PRU kali ini.

“Bagi ahli-ahli UMNO yang rasa Zahid ini tidak sepatutnya bertanding, yang rasa Zahid adalah liabiliti kepada UMNO dan BN, yang benci usaha Zahid wujudkan jajaran baru dan memecah-belahkan UMNO dan merosakkan UMNO, pujuk pengundi UMNO di Bagan Datuk, jangan undi Zahid,” katanya lagi.

Bercakap mengenai gerakan tersebut, Chegu Bard memberitahu ia merupakan satu gerakan rakyat yang dibentuk merentasi parti, kaum, agama dan ideologi bagi memastikan pengundi Parlimen Bagan Datuk, tidak mengundi Zahid.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,479FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat