Tiada Rakyat Malaysia Terbabit Letupan Di Istanbul

- Advertisement -

KUANTAN – Tiada rakyat Malaysia yang terbabit dalam kejadian letupan di Istiklal Avenue, Istanbul, di Turkiye pagi ini.

Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Saifuddin Abdullah berkata, Konsulat Malaysia di Istanbul bagaimanapun memantau rapat perkembangan terkini kejadian.

Jelas beliau, rakyat Malaysia di negara berkenaan dinasihatkan untuk menghubungi kedutaan Malaysia di Istanbul dan Ankara untuk memaklumkan keadaan terkini.

“Saya bersyukur kejadian di Turkiye tidak membabitkan rakyat kita namun Malaysia bersedih dengan insiden yang menyebabkan enam maut manakala 88 cedera.

“Rakyat Malaysia yang kini berada di Turkiye dinasihatkan agar lebih berhati-hati dan tidak berada berhampiran lokasi kejadian,” katanya pada sidang media di Indera Mahkota, pada Isnin.

Terdahulu Naib Presiden Turki Fuat Oktay yang melawat lokasi letupan, dilapor berkata, letupan itu dianggap sebagai tindakan pengganas, dan seorang penyerang wanita meletupkan bom itu, lapor Agensi Anadolu (AA).

Gabenor Istanbul Ali Yerlikaya berkata, letupan itu berlaku 4.20 petang waktu tempatan, dengan polis dan pegawai kecemasan mengepung tempat kejadian.

Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan, sejurus sebelum berlepas ke Indonesia untuk menghadiri sidang kemuncak G20 ke-17 berkata, serangan bom itu ‘keganasan’.

Beliau berkata, negara tidak akan tunduk kepada keganasan dan semua pelaku akan dikenal pasti.

Pemimpin dunia termasuk dari Pakistan, Sweden, Ukraine, Azerbaijan dan negara lain mengutuk serangan itu dan menyampaikan ucapan takziah kepada Turkiye.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat