Malaysia boleh ditadbir kerajaan minoriti – Saifuddin

- Advertisement -

KUANTAN – Sekiranya tiada parti gagal memperoleh majoriti mudah untuk membentuk kerajaan selepas pilihan raya, negara mungkin boleh ditadbir oleh kerajaan minoriti seperti amalan negara-negara Nordic.

Namun, Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Pahang, Datuk Seri Saifuddin Abdullah berkata, negara Malaysia belum sampai ke tahap sistem demokrasi seperti itu.

“Ada negara maju di Barat- Nordic. Mereka ditadbir oleh kerajaan minoriti. Mereka ditadbir oleh kerajaan tak cukup 51 peratus.

“Mereka boleh tubuh kerajaan tanpa majoriti yang cukup, apa yang penting ada kerajaan. Rang Undang-undang (RUU) dibahas dan diundi di Parlimen. Tapi kita di Malaysia mungkin belum sampai ke situ,” katanya ketika sidang media di Pusat Khidmat Ahli Parlimen Indera Mahkota pada Isnin.

Namun kata Saifuddin amalan itu tidak mustahil dilakukan memandangkan kerajaan kita pernah Memorandum Persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik sokongan pembangkang kepada kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

“Negara maju boleh pisahkan pembetukan kerajaan dan perjalanan kerajaan tapi Malaysia tak sampai ke situ,” ujarnya.

Ditanya sama ada PN memilih untuk bersama Pakatan Harapan (PH) atau Barisan Nasional (BN), Saifuddin menyatakan keputusan itu akan dimuktamadkan oleh Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) PN selepas Pilihan Raya Umum (PRU15).

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat