70 peratus PerantiSiswa di Sarawak sudah diagih – Ismail Sabri

- Advertisement -

SIBU – Kerajaan komited dalam membangunkan infrastruktur digital di seluruh negara agar akses infrastruktur digital berkualiti tinggi dan meluas dapat menjadi asas kepada transformasi ekonomi, sosial dan pembangunan tenaga kerja berkaitan.

Justeru menurut Perdana Menteri, kerajaan menyediakan PerantiSiswa untuk anak- anak Keluarga Malaysia bagi merapatkan jurang digital dengan menyediakan satu tablet bagi seorang mahasiswa yang berada dalam kelompok keluarga B40.

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberitahu, di bawah Bajet 2022 kerajaan memperuntukkan RM450 juta bagi melaksanakan Inisiatif PerantiSiswa Keluarga Malaysia dan setiap pelajar yang layak akan menerima sebuah peranti berbentuk tablet secara percuma dan berjenama, berkualiti tinggi, mempunyai spesifikasi yang terkini dan disertakan jaminan daripada pengilang.

“Sejak pelancarannya September lepas, 350,000 permohonan telah diluluskan dan lebih 220,000 atau 60 peratus tablet telah diedarkan.

“Bagi Negeri Sarawak, sejumlah 22,265 permohonan telah diluluskan dan daripada jumlah itu, sebanyak 16,505 atau 70 peratus tablet telah diagihkan kepada mahasiswa yang layak.

“Saya juga difahamkan bahawa sesi agihan turut dijalankan di Universiti Teknologi Sarawak (UTS) pada hari ini melibatkan lebih 400 mahasiswa di sekitar Sibu,” katanya di Tapak Jejambat Selangau di Sibu pada Isnin.

Ismail Sabri juga mengucapkan perghargaan kepada Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (K-KOMM) yang merupakan peneraju inisiatif PerantiSiswa Keluarga Malaysia.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat