COVID-19: Indonesia Mulakan Kempen Vaksinasi Besar-Besaran Bulan Depan – Jokowi

- Advertisement -

JAKARTA: Indonesia akan memulakan kempen vaksinasi COVID-19 secara besar-besaran pada akhir tahun ini.

Presiden Joko Widodo memberitahu Reuters bahawa perancangan sudah dilakukan untuk mengedarkan vaksin ke seluruh negara.

Sekiranya Agensi Makanan dan Ubat Negara (BPOM) memberikan kelulusan, negara dengan populasi 270 juta orang itu akan menjadi antara yang pertama di dunia melakukan vaksinasi terhadap COVID-19.

“Kami menjangkakan akan memulakan proses vaksinasi pada akhir tahun ini selepas ujian yang dilakukan oleh BPOM,” katanya.

Indonesia merupakan negara Asia Tenggara yang menerima impak terbesar COVID-19, dengan sekitar 15,000 kematian dan 450,000 jangkitan.

Widodo menambah bahawa memastikan keselamatan vaksin adalah keutamaan, dan bahawa pekerja kesihatan, polis dan tentera akan menjadi yang pertama ketika kempen vaksinasi dimulakan.

Vaksin yang dihasilkan oleh Sinovac dan Sinopharm China dijangka digunakan pada peringkat awal kempen.

Kedua-duanya akan membekalkan 18 juta vaksin tahun ini, termasuk 15 juta yang akan dihasilkan oleh syarikat farmaseutikal milik negara Indonesia Bio Farma.

Indonesia mempunyai perjanjian untuk mendapatkan lebih 250 juta dos hingga akhir 2021, termasuk 30 juta yang dikeluarkan oleh syarikat AS Novovax – Astro Awani

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat