Ugut, Tikam Tayar Kenderaan JPJ, 5 individu Termasuk Nenek Ditahan

PM Beri Jaminan Cadangan Bantuan JKM RM1,000 Akan Disegerakan

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi jaminan cadangan menaikkan kadar bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kepada RM1,000 sebulan berbanding RM200...

Vaksin Covid-19, Minat Pelabur Dorong Kenaikan Di Bursa Malaysia

KUALA LUMPUR - Keyakinan berterusan terhadap vaksin COVID-19 dan minat risiko yang bertambah baik telah membantu Bursa Malaysia ditutup di paras tertingginya dalam tempoh...

Najib Gesa Permudahkan Proses, Pencarum Marah Syarat Ketat i-Sinar KWSP

CYBERJAYA - Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menggesa kerajaan mempermudahkan proses pengeluaran skim i-Sinar dari Akaun 1 KWSP susulan kemarahan ramai...

Bekas AG Tuntut Ganti Rugi RM2.3 Juta, Mahathir Nafi Salah Guna Kuasa Pecat Apandi

KUALA LUMPUR - Tan Sri Mohamed Apandi Ali mendakwa, Tun Dr Mahathir Mohamad mempunyai pandangan negatif dan membencinya sehingga mendorong kepada penamatan khidmat beliau...

Agong Berkenan Tinjau dan Sertai Operasi SAR

TEMERLOH - Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan mencemar duli meninjau dan menyertai operasi mencari dan menyelamat (SAR)...

JITRA: Polis menahan lima individu kerana ingkar Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) serta melakukan ugutan jenayah menggunakan parang terhadap sepasukan anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di Jitra pada Jumaat.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.15 petang itu, salah seorang suspek turut bertindak menikam tayar kenderaan utiliti sukan (SUV) penguat kuasa JPJ.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Mohd Ismail Ibrahim berkata, terdahulu sepasukan empat penguat kuasa JPJ mengarahkan sebuah van dinaiki empat individu termasuk dua wanita supaya berhenti untuk pemeriksaan.

“Bagaimanapun, pemandu van lelaki berusia 20-an itu enggan berhenti menyebabkan penguat kuasa JPJ mengekorinya. Dia kemudian berhenti di hadapan sebuah pasar raya di Jitra.

“Pemeriksaan kemudian mendapati pemandu van terbabit tiada lesen memandu selain cukai jalan dan sijil pemeriksaan Puspakom van itu tamat tempoh.

“Secara tiba-tiba, seorang wanita berusia 45 tahun turun dari van dan membuat provokasi dengan mengatakan anggota penguat kuasa JPJ bersikap kurang ajar kerana menakutkan cucunya dengan membunyikan siren,” katanya di sini, pada Jumaat.

Tayar kenderaan yang ditikam seorang suspek.

Katanya, ketika hendak mengeluarkan kompaun, anggota JPJ terbabit ditolak seorang penumpang lelaki van berkenaan yang turut membuat ancaman jenayah sambil menunjukkan sejumlah wang dipercayai bertujuan mengaibkann penjawat awam.

“Ketika itu seorang lagi lelaki berusia 40-an keluar dari premis berhampiran dengan bersenjatakan sebilah parang dan mengacukannya ke arah anggota JPJ terbabit sambil mengeluarkan ugutan yang mengancam nyawa.

“Lelaki itu kemudian menikam tayar hadapan sebelah kiri kenderaan JPJ menyebabkannya pecah,” katanya.
Bertindak atas maklumat, Mohd Ismai berkata, sepasukan polis kemudian menahan tiga lelaki dan dua wanita disyaki terbabit dalam kes berkenaan tidak lama kemudian.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 506, Seksyen 353, Seksyen 427 dan Seksyen 509 Kanun Keseksaan selain Peraturan 10 Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2020 – Astro Awani

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Bagi Sumbangan Tak Tanya Kami, Pegawai Mukhriz Bidas Ebit Liew

ALOR SETAR - Eksekutif Media Menteri Besar Kedah mendakwa tindakan penceramah terkenal, Ustaz Ebit Lew memberikan bantuan kepada golongan asnaf di negeri itu telah...

Zahid Ingatkan Ismail Sabri Jangan Desak Isu TPM

BAGAN DATUK, 29 Nov -- Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini meminta pemimpin dan anggota UMNO tidak mendesak Perdana Menteri Tan Sri...

Tewas lagi, adakah Ketua Pembangkang akan letak jawatan?

KUALA LUMPUR - Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-undang (RUU) Perbekalan Belanjawan 2021 peringkat jawatankuasa bagi Jabatan Perdana Menteri (JPM). Keputusan diumumkan oleh Speaker Dewan Rakyat,...

Berita Berkaitan

Baru umur 57 tahun, pemimpin DAP umum bersara

CYBERJAYA: Seorang wakil rakyat DAP dan juga pemimpin parti itu, Datuk Teng Chang Khim mengumumkan persaraannya ketika baru berusia 57 tahun. Selain tidak akan mempertahakan...

Undian Peringkat Jawatankuasa Kementerian Pembangunan Usahawan Dan Koperasi Lulus

CYBERJAYA: Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan Belanjawan 2021 peringkat Jawatankuasa Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi diluluskan oleh Dewan Rakyat sebentar tadi. Pada sesi undian ini, keputusan...

NGO beri amaran kepada MB Kedah jangan kelabu mata, kaji dulu

KUALA LUMPUR - Sahabat Alam Malaysia (SAM) menyuarakan kebimbangan serius terhadap pengumuman oleh Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor bahawa kerajaan negeri telah...