Tindakan DAP Jadikan Deepavali Modal Kempen PRU Sangat Tidak Bertanggungjawab -Zahid Hamidi

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Kenyataan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook yang menjadikan perayaan Deepavali sebagai modal kempen politik Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) sangat tidak bertanggungjawab, kata Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Tegas Zahid, perayaan seharusnya menyatukan rakyat, bukan memecahbelahkan semangat perpaduan dan persaudaraan.

Jelas beliau lagi, perayaan Deepavali tahun ini akan menjadi perayaan yang sangat bererti kepada penganut agama Hindu di Malaysia apabila sebuah kerajaan dominan dapat dibentuk pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) nanti.

”Perayaan seharusnya menyatukan rakyat, bukan memecahbelahkan semangat perpaduan dan persaudaraan.kan memecahbelahkan semangat perpaduan dan persaudaraan.

“Pembentukan kerajaan yang kukuh dan stabil pasti akan menjadi hadiah yang amat bermakna sempena Deepavali selepas beberapa tahun negara berdepan ketidakstabilan politik serta ekonomi.

”Usah terpengaruh dengan hasutan dan tohmahan pembangkang kononnya pelaksanaan PRU-15 tidak menghiraukan dan tidak menghormati sentimen serta kepentingan masyarakat India.

”Sedangkan perayaan Deepavali itu sendiri cahaya yang membawa maksud semangat kecerahan mengatasi kegelapan, kebaikan mengatasi kejahatan, keadilan mengatasi kezaliman, keresahan mengatasi kebahagiaan dan kebijaksanaan mengatasi kejahilan.” kata Zahid menerusi kenyaan Facebooknya, pada Jumaat.

 

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat