Azrel Ismail tak tergamak nak cetus kontroversi

- Advertisement -

Petaling Jaya: Pelakon, Azrel Ismail mengambil pendekatan untuk tidak mencalarkan imej yang bersih demi mengecapi populariti dalam sekelip mata.

Azrel mengakui turut menerima cadangan dan pendapat daripada beberapa pihak untuk menjadi viral menerusi cara yang cepat.

“Saya memang menjaga nama sejak dari awal bergelar pelakon. Memang ada yang cadangkan saya cipta kontroversi. Katanya, kontroversi itu perlu untuk berada dalam industri hiburan. Saya ada juga terfikir cuma saya anggap semua orang ada cara tersendiri.

“Mungkin cara saya lebih baik biar nama bersih supaya kerjaya lebih menyerlah. Janji saya masih ada dalam industri ini. Walaupun tak ada kontroversi tapi tetap sentiasa ada tawaran berlakon,” katanya ketika ditemui di majlis pra tonton dan sidang media filem Biko, di sini.

Selain Azrel, filem arahan Teng Bee yang mula ditayangkan semalam turut dibintangi Baby Shima, Sara Ali dan Syed Irfan.

Berkongsi mengenai pengalaman yang banyak mengajarnya, Azrel mengakui, perlu lebih berhati-hati sebelum memuat naik sebarang perkongsian di media sosial.

Azrel berkata, dia pernah diserang netizen selepas memuat naik status yang mengundang kecaman sehingga menyebabkan dirinya berdepan masalah tidur.

“Saya pernah termuat naik status yang mengundang kecaman netizen. Masa itu teruk juga saya diserang netizen. Memang rasa takut sampai tak boleh tidur.

“Baru tahu macam itu rupa-rupanya rasa diserang netizen. Mereka punya serangan itu sangat kuat. Saya pula waktu itu masih baru dan tak tahu macam mana nak kawal. Sampai tahap, saya pernah tutup komen terus,” katanya.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat