PAS guna lambang bulan di tiga negeri

- Advertisement -

CYBERJAYA: PAS akan menggunakan logo partinya sendiri untuk bertanding di tiga buah negeri pimpinannya.

Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Ibrahim Tuan Man berkata, bagi negeri lain pula calon dari parti mereka akan menggunakan logo Perikatan Nasional (PN).

Tiga negeri tersebut adalah Kelantan, Terengganu dan Kedah.

“Penggunaan logo kita sudah putuskan bahawa Kelantan, Terengganu, Kedah kita akan gunakan logo PAS.

“Namun, negeri lain kemungkinan besar akan menggunakan logo PN, (ia) sudah dimuktamadkan dan akan bawa ke Majlis Pimpinan PN,” katanya lapor harakahdaily dalam satu wawancara portal rasmi PAS itu bersama Tuan Ibrahim.

Sebelum ini muncul cadangan agar PN menggunakan lambang PAS berbanding gabungan itu bagi menyertai PRU ke-15 tidak lama lagi.

Hal itu kerana PAS berpendapat lambang ‘bulan’ parti itu lebih dikenali dengan meluas dalam kalangan orang ramai berbanding PN yang masih baru usianya.

Gesaan itu turut disuarakan secara terbuka oleh Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang berpendapat ahli partinya “alergik” kepada warna biru yang mengingatkan mereka kepada UMNO-BN.

Semalam Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang mengumumkan jawatankuasa kerja parti itu membuat keputusan untuk memilih dan memperkukuh kerjasama mereka dalam PN bagi menghadapi PRU akan datang.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat