Muhyiddin gembira dipilih PAS, harap dapat bentuk kerajaan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin sangat menghargai keputusan PAS untuk terus bersama menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Beliau malah mendoakan PN mendapat mandat rakyat dalam PRU15 untuk membentuk sebuah kerajaan yang benar-benar memberi tumpuan kepada kesejahteraan dan kemakmuran rakyat.

“Saya amat menghargai keputusan Jawatankuasa PAS Pusat untuk memperkukuhkan kerjasama dalam Perikatan Nasional dalam menghadapi PRU15.

“Keputusan ini memberikan suntikan semangat kepada PN untuk bergerak dengan lebih tersusun dan bersatu-padu dalam meraih sokongan rakyat,” kata beliau yang juga Presiden Bersatu.

Muhyiddin secara peribadi merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas semangat setiakawan yang ditunjukkan oleh Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang dan rakan-rakan pimpinan PAS yang terus istiqamah mempertahankan kerjasama PAS dalam PN.

“Saya mendoakan semoga PN mendapat mandat rakyat dalam PRU15 untuk membentuk sebuah kerajaan yang benar-benar memberi tumpuan kepada kesejahteraan dan kemakmuran rakyat,” katanya.

Semalam PAS akhirnya memilih bersama PN bagi menghadapi PRU15.

Hadi menegaskan keputusan memilih bersama PN ini dibuat atas prinsip penyatuan ummah.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,478FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat