Akui kos berganda, PAS salahkan kerajaan bubar Parlimen awal

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Mengakui dua kali pilihan raya akan menelan kos yang banyak tetapi PAS menegaskan itu kesilapan yang dibuat kerajaan kerana membubarkan Parlimen menjelang musim banjir.

Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man menjelaskan, tiga negero ditadbir PAS yakni Kedah, Kelantan dan Terengganu hanya akan dibuat selepas musim banjir kerana bimbang kemarahan rakyat.

“Soal kos dan sebagainya, kita akui. Tetapi (ini) kesilapan mereka, bukan kita.

“Kenapa mereka bubar pada waktu ini? Rakyat susah, kalau banjir berlaku. Kemudian sekolah akan menjadi Pusat Pemindahan Sementara (PPS) jika banjir, kita bimbang takut-takut kemarahan rakyat sekarang ini kita sangat ketara.

“Bagi kita, soal pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) kita hendak biar tenang, habis musim banjir, kita hadapi pilihan raya dengan keadaan tenang dan negeri-negeri kita pun setuju dengan keputusan itu,” katanya dalam wawancara bersama Harakah.

Menteri Alam Sekitar dan Air itu juga yakin bahawa masih berbaki tempoh lebih 8 bulan lagi sehingga Mei 2023.

Kita yakin, kita ada lebih 8 bulan lagi “masa (sehingga Mei 2023), dalam tempoh 8 bulan banyak benda kita boleh buat, dan kita tak perlu tergesa-gesa.

“Ya, kita akui bahawa rakyat terpaksa mengundi dua kali, bukan sahaja dua kali. Melaka tarikh lain, Johor tarikh lain, Sabah tarikh lain, dan Sarawak juga tarikh lain.

“Kemudian apabila dibuat begini, yang jelasnya tiga lagi negeri daripada Pakatan Harapan (PH) pun tidak bubar, dan tiga negeri PAS pun tidak bubar, jadi majoriti,” katanya.

Tuan Ibrahim menyatakan, tindakan negeri PAS tidak membubarkan DUN ialah kerana
rakyat marah dengan pembubaran Parlimen sekarang.

“… dan kita tak mahu kita terheret sama dengan kemarahan rakyat jika kita bubarkan DUN. Kita juga perlu konsisten, malah kita sudah menghantar surat kepada Yang di-Pertuan Agong menyatakan kita tidak bersetuju jika pilihan raya dibuat pada musim banjir.

“Justeru, jika kita bubarkan juga, nanti bercanggah dengan apa yang kita pernah sebut. Oleh itu, kita konsisten dengan keputusan harian bahawa tiga DUN di tiga negeri tidak akan dibubarkan sekiranya mereka mengambil keputusan untuk membubarkan pada waktu ini,” jelas beliau.

Tuan Ibrahim menambah, bahawa beliau lebih suka untuk lebih tenang.

“Contohnya, tarikh pilihan raya akan datang ini terus ditetapkan tarikhnya setelah lima tahun, habis penggal baru buat pilihan raya. Supaya kita tidaklah bentang bajet, kemudian selesai bahas, undi semula, selepas itu batal, kemudian perlu bentang semula.

“Jadi itu menjadikan kita lebih suka jika (tarikh pilihan raya) ditetapkan terus tarikh, dengan penetapan tarikh pilihan raya ini, pelabur pun tidak bimbang. Kalau tergantung dan tidak menentu begini, akhirnya tiada kesudahan dan sia-sia.

“Contohnya, kementerian saya membentang Rang Undang-Undang (RUU) dalam Parlimen, tetapi kini Parlimen sudah bubar. Terpaksa bentang sekali lagi, Bajet 2023 juga terpaksa bentang sekali lagi. Jadi, oleh itu kita tegaskan bahawa kita perlukan satu tarikh tetap (untuk pilihan raya),” ujarnya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat