Najib dah disabit salah, tak layak tanding PRU15

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Selepas Parlimen dibubarkan pada 10 Oktober maka Datuk Seri Najib Razak bukan lagi Ahli Parlimen Pekan.

Ketua Kluster Governans, Perundangan dan Pengurusan Majlis Profesor Negara (MPN), Profesor Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood berkata, memandangkan Najib sudah disabit bersalah malah sedang menjalani hukuman penjara, beliau tidak boleh lagi bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

“Najib sudah disabitkan bersalah maka beliau tak boleh bertanding lagi.

“Sebelum Parlimen dibubar, Najib masih Ahli Parlimen Pekan. Selepas bubar beliau bukan ahli Parlimen lagi.

“Bila disabit bersalah Najib tak boleh bertanding pilihan raya lagi,” katanya kepada Suara.TV pada Jumaat.

Semalam, Timbalan Ketua Umno Pekan, Datuk Seri Zamri Ramly berkata, Najib antara lima calon yang disenaraikan Umno Pekan untuk mempertahankan kerusi Parlimen itu pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Kata Zamry, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira bekas pemimpin itu masih berpeluang bertanding sekiranya beliau berjaya dalam permohonan menyemak semula keputusan Mahkamah Persekutuan pada Ogos lalu.

Najib hanya akan dapat bertanding PRU15 sekiranya beliau mendapat pengampunan diraja dalam tempoh terdekat ini.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat