Rancangan Sulit Zahid, Anwar Kian Rancak Meski Tidak Direstui Umno, PH Dakwa Wan Saiful

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Bersatu mendakwa wujudnya perbincangan sulit antara Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam usaha membentuk kerajaan bersama.

Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Wan Saiful Wan Jan mendakwa agenda kerjasama antara Umno dan PKR bertujua meminimakan pertembungan dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) sekali gus mengusahakan pembentukan kerajaan bersama.

“Baru-baru ini ada rakan dalam Pakatan Harapan (PH) sendiri menyebut kepada saya bahawa perbincangan teramat sulit antara team Zahid dengan team Anwar terus berjalan.

“Dikatakan bahawa agendanya ialah kerjasama antara Umno dan PKR untuk meminimakan pertembungan dalam PRU15, dan seterusnya mengusahakan pembentukan kerajaan bersama. Katanya perkara ini dijalankan tanpa restu kepimpinan Umno atau kepimpinan PH, tetapi banyak sesi perbincangan telah berjalan,” dakwa Wan Saiful dalam kenyataan di Facebooknya pada Jumaat.

Pun begitu menurut beliau setakat ini, itu hanyalah tuduhan.

“Selain tuan punya badan, tidak ada sesiapa boleh mengatakan ya atau tidak terhadap tuduhan itu. Tambahan lagi, dalam musim PRU ini, banyak berita palsu.

“Tapi jika benar, ia tidak pelik. Rakaman perbualan antara Zahid dan Anwar jelas menunjukkan agenda mereka telah lama. Surat Zahid kepada Istana Negara mahu mengangkat Anwar juga bukan rahsia. Berita ini bukan baru.

“Mungkinkah benar perbincangan sulit antara Zahid dan Anwar semakin rancak? Benarkah Anwar dan Zahid sedang berusaha mengangkat satu sama lain naik ke Putrajaya melalui PRU15? Apa “deal” yang ditawarkan? Adakah Anwar setuju melepaskan Zahid dari kes-kesnya? Atau adakah Anwar setuju jadi TPM kepada Zahid kalau “deal” ini benar? soalnya.

Justeru, Wan Saiful mendesak Zahid dan Anwar menjelaskan tuduhan itu kepada rakyat sebab katanya khabar ini semakin lama semakin kuat tersebar.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat