Konsert EXISTS Reunion Kembali Ke Singapura

- Advertisement -

12 OKTOBER 2022 – Terakhir Exists Reunion meninggalkan kesan yang bukan sedikit buat para peminat di Singapura adalah pada 5 Oktober 2019. Berawal dari tiket konsert yang terjual habis dalam masa dua hari, sambutan hangat ini dapat dirasakan ketika konsert tersebut berlangsung di TheTheatre at Mediacorp.

Kemunculan Mamat, Ezad, Ajai, Along, Musa, Shah dan Ujang memberikan kenangan yang bukan sedikit buat para peminat tegar Exists Reunion. Menyanyi bersama-sama pada setiap lagu membuatkan lokasi konsert menjadi tempat karaoke berskala besar antara Exists Reunion dan para peminat mereka.

Tahun hadapan, momen dan keindahan itu akan dibawakan lagi oleh Shiraz Projects. Di tempat yang sama, mereka bakal menggandakan lagi memori indah tersebut pada 14 Januari 2023.

Menurut Shirazdeen Karim selaku Pengarah Urusan Shiraz Projects, “Menyaksikan para penonton menyanyi bersama-sama di Konsert Exists Reunion di Singapura adalah antara kenangan terindah kami, sama seperti di Stadium Malawati sebelumnya.

Kami bawakan konsert ini kembali kerana mengerti dengan kerinduan peminat yang sudah menunggu kehadiran Exists Reunion usai pandemik melanda dunia.”

Tambahannya lagi, pihak Shiraz Projects sering mendapat pertanyaan bilakah lagi Exists Reunion akan kembali lagi ke Kota Singa dan menyemai momen indah bersama peminat dengan lagu-lagu malar segar mereka.

“Memahami kerinduan yang mereka rasakan, kami bawakan Exists Reunion ke The Theatre at Mediacorp, Singapura sebagai lokasi pertama dalam rangkaian siri jelajah Exists Reunion pada tahun 2023. Lokasi yang seterusnya akan diumumkan kelak.

Buat masa sekarang kami ingin memberikan berita baik ini kepada peminat di Singapura dahulu,” tambah Shiraz yang juga teruja dengan sambutan terdahulu yang diberikan oleh peminat Exists Reunion di Singapura.

Untuk kumpulan yang ditubuhkan di Johor Bahru pada tahun 1991, mereka juga sangat teruja untuk bertemu mata dan berkongsi tenaga menyanyi bersama-sama peminat di Singapura pada tahun hadapan.

“Kami sentiasa teruja dan menghargai sokongan yang diberikan oleh para peminat di Singapura. Ketika kali pertama kami muncul di Singapura atas nama Konsert Exists Reunion, sambutan yang diberikan sangat membuatkan kami terharu.

Oleh itu, kami ingin kembali lagi untuk sama-sama membina momen-momen indah bersama para peminat yang tidak putus-putus menyokong perjalanan karier.

Jadi jangan lupa dapatkan tiket segera,” ujar Ajai mewakili kumpulan Exists Reunion. Konsert Exists Reunion buat pertama kalinya dalam sejarah menggabungkan semua formasi asal Exists iaitu Musa (bass), Along (gitar), Ajai (keyboard), Shah (gitar), Ujang (dram) dan dua vokalis mereka Mamat dan Ezad pada tahun 2019 di Stadium Malawati, Shah Alam dan The Theatre at Mediacorp.

Dijadualkan berlangsung di The Theatre at Mediacorp pada 14 Januari 2023, Konsert Reunion Exists menjanjikan sebuah nostalgia buat peminat kerana ini merupakan lokasi pertama mereka dalam rangkaian jelajah yang akan berlangsung pada tahun 2023.

Pastinya, untaian hit dari Langkah Seiringan, Rahsia Pohon Cemara atau Untukmu Ibu yang memperkenalkan Exists dengan Mamat pada waktu itu masih berusia 13 tahun dan vokal ‘belum pecahnya’ akan disampaikan pula kali ini dalam persembahan Mamat di usianya 30 tahun.

Dan Ezad yang menyertai Exists menggantikan Mamat di tahun 1996 menyambung legasi sukses Exists dengan album Diammu Gunung Berapi yang mengandungi banyak hit serta lagu lagu di album keempat (Jangan Gentar) dan seleksi di album Ada sehingga Paragon akan membuat penonton tidak senang duduk sepanjang konsert yang bakal berlangsung kelak.

Konsert Exists Reunion menawarkan tiket berharga SGD245 (Meet & Greet), SGD155 (Diamond), SGD135 (Platinum), SGD95 (Gold), SGD75 (Silver) untuk peminat melakar sejarah bersama mereka.

Untuk sebarang keterangan lanjut, sila layari www.myticket.asia untuk tempahan tiket. Bagi informasi atau update terkini, layari laman sosial Exists dan Shiraz Projects. Sekali lagi, jangan lepaskan momen ini dan nantikan infomasi seterusnya tentang jelajah Konsert Exists

Reunion yang akan berlangsung tahun hadapan. KONSERT EXISTS REUNION yang merupakan konsert satu malam sahaja ini dianjurkan oleh Shiraz Projects Sdn Bhd.

KONSERT EXISTS REUNION- SINGAPURA
Tarikh : 14 Januari 2023
Venue : The Theatre at Mediacorp, Singapura
Laman Web : www.shirazprojects.com
Harga tiket : SGD245 (Meet & Greet)
SGD155 (Diamond)
SGD135 (Platinum)
SGD95 (Gold),
SGD75 (Silver)
Tiket : www.myticket.asia
Facebook : shirazprojects
Instagram : shirazprojects
Hashtag : #KonsertJelajahExistsReunion

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,478FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat